KES 1
"Banyak 'toys' di rumah, tapi anak main sekejap-sekejap sahaja"
KES 2
"Bila diberi mainan, dicampak pula. Gajet juga yang dia mahu,".
KES 3
"Bila nak main, kami dipaksa main sekali. Balik rumah baru nak rehat, anak pula ajak main. Kami terpaksa bagi gajet".
-----------------
-----------------
Isu ibubapa 'zaman teknologi'.
Jelas sekali, mereka tidak sukakan keadaan begitu. Mereka tahu ada yang tidak kena, dan
mereka mahukan penyelesaian.
Secara kasarnya, ada beberapa perkara yang boleh diberikan perhatian di sini.
1. Mainan yang banyak tidak menjamin anak akan suka bermain.
2. proses bermain memerlukan daya fikir dan imaginasi. Barulah dapat mencetuskan rasa
seronok. Jika mahu alihkan perhatian anak daripada gajet, sesi bermain 'toys' perlu lebih
seronok!
3. Kemahiran bermain sememangnya ada peringkat. Namun kanak-kanak lebih suka jika saat bermain dapat membina HUBUNGAN.
.
.
.
Menurut kajian, penglibatan ibubapa semasa anak kecil bermain akan meningkatkan daya
fikir anak-anak.
Gajet sememangnya menyeronokkan. Masakan tidak, ada 'feedback' cahaya berwarna warni, pergerakan animasi, muzik latar yang menarik dan sebagainya.
Namun ibubapa perlu cipta suasana bermain yang lebih seronok dan interaktif!
Kesimpulannya,
Proses anak-anak membesar adalah proses MEMBINA HUBUNGAN.
Anak-anak boleh belajar daripada benda di sekeliling mereka, tapi mereka perlukan dorongan.
Kemahiran-kemahiran asas yang mereka perlu kuasai, perlu dibantu oleh ibubapa, bukan hanya
bergantung pada tahap berapa 'pandai'nya mereka.
Ada yang perlu dikorbankan di sini. Iaitu MASA.
Namun percayalah, 'masa anda' sekarang adalah sebahagian besar daripada kejayaan
mereka pada masa akan datang.
SITI SARAH SAID,
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.
Lagi pautan berkenaan 'toys' yang mungkin anda ingin tahu:
PENTINGKAH ANAK BERMAIN?
Lagi pautan berkenaan 'toys' yang mungkin anda ingin tahu:
PENTINGKAH ANAK BERMAIN?
Comments
Post a Comment