4 LANGKAH TAMBAH KOSA KATA ANAK

Bahagian Dua.
Tambah Kosa Kata baru; Sebut dan Faham.



Ingin menambah kosa kata anak?
Anak sukar menambah kosakata baru?
Ini cara yang mudah untuk membantu.

Ikuti langkah demi langkah.

1. Pilih perkataan yang paling berkaitan dengan aktiviti seharian anak. Jika anak sukakan buku, pilih perkataan buku.

Perkenalkan perkataan baru satu demi satu supaya lebih mudah dipelajari.
2. Ulang perkataan yang dipilih dengan kerap.
"Ini buku. Buku."
"Jom baca buku (sambil ambil buku)."

3. Sebelum anak boleh sebut, mereka perlu faham.
Selepas digunakan perkataan yang diajar berulang kali, kita boleh menguji kefahamannya.
Letakkan pilihan barang, buku dan barang lain. Minta anak tunjuk buku.
"Mana buku?"
"Ambil buku."
Jika boleh tunjuk atau ambil, ini tandanya mereka sudah boleh kaitkan perkataan 'buku' dengan objek sebenar.
Minta simpankan buku, ambil buku. Lihat gambar di dalam buku atau google gambar-gambar, minta anak tunjukkan yang mana buku.

4. Faham dan bersedia untuk sebutan.
Setiap kali anak tunjuk buku, anda sebut semula perkataan itu.
Pastikan ada eye-contact dan tumpuan bersama.
Terima apa sahaja sebutan yang dihasilkan. Jika tidak tepat (pelat) ulang semula dan beri ganjaran atas usahanya.
Jangan fokus pada sebutan yang betul, ini akan mematahkan motivasi anak untuk belajar bertutur.
.
.
Langkah ini mungkin nampak mudah, namun untuk mengaplikasikannya kepada anak mungkin memerlukan latihan.
.
.
Peringatan: setiap tip yang yang dikongsikan tidak bertujuan menggantikan service Speech Therapist yang bertauliah.

Jika didapati anak sukar mempelajari perkataan baru walaupun usia sudah mencecah 2 tahun, dapatkan bantuan segera.

Comments