FLASH CARDS: BOLEH BANTU ANAK BERCAKAP?

"Saya ajar anak bercakap melalui kad imbas (flash card). Sekarang, boleh dikatakan hampir semua kad imbas dia boleh kenalpasti dan cuba sebut."
"Masalahnya, jika nak apa-apa masih jarang sangat gunakan perkataan. Mengapa ya?"
.
.

Sebenarnya, tidak salah tunjuk kad imbas pada anak-anak. 
Banyak kosa kata baru yang boleh dipelajari.
Cuma, kebarangkalian untuk 'stuck' pada kad sahaja adalah tinggi. Tunjuk kad, boleh sebut.
Tetapi perkataan itu tak pun digunapakai untuk komunikasi.
Bagaimana ini boleh terjadi? Kemungkinannya..
1. Anak belum dapat mengaitkan di antara gambar objek (2D) dan objek sebenar (3D).
Gambar adalah simbol kepada objek sebenar.
Perkataan itu sendiri adalah simbol. Jika kanak-kanak masih tidak dapat kaitkan perkataan 'cawan' dengan cawan yang digunakannya setiap hari, ini bermaksud dia belum tahu objek di dalam gambar itu adalah cawan.
2. Perkataan daripada kad, bukan perkataan yang selalu digunakan untuk berkomunikasi 
dalam aktiviti seharian.
Semak semula koleksi kad imbas di rumah.
3. Tidak dimodelkan cara menggunakan perkataan itu di dalam konteks yang sesuai.
Contohnya, jika tunjuk kad gambar bantal, anak tahu ia bantal. Tapi tak pernah gunakan 
perkataan bantal apabila lihat bantal sebenar.
4. Belajar melalui kad imbas, tidak sama seperti belajar kenal perkataan dalam situasi dunia sebenar.
Perkataan lebih mudah difahami dan diingati apabila dikaitkan dengan konteks yang 
sebenar.
Pengalaman secara langsung, memori, dan sensori yang terlibat membantu kita mengingat dan faham sesuatu perkataan baru.
Jika mahu ajar apa itu padang, pergi ke padang permainan. Ada rumput, warna hijau, ada 
orang main bola, ada pepatung.
Ini yang tidak dapat dilihat, dirasa dan digambarkan melalui kad imbas.
Belajar perkataan baru menggunakan kad imbas semata-mata, umpama membina sebuah rumah yang tidak kukuh.
Lantainya diumpamakan seperti kemahiran asas seperti tumpuan bersama. Kemudian 
dinding yang dibina, mewakili kefahaman bahasa. Sebutan pula diumpamakan sebagai bumbung.
Apa akan jadi sekiranya kita hanya tekankan kepada sebutan sahaja? Mahu bina rumah, 
namun kita fokus pada binaan bumbung sahaja.
Tentulah tak akan jadi binaan rumah yang kukuh!
Apa kata, jika kita manfaatkan kad imbas yang ada dengan cara:
1. Reka permainan. Terbalikkan semua kad. Buka satu-satu.
Jika gunakan kad imbas gambar perbuatan, lakukan perbuatan seperti dalam gambar. Lakukan secara bergilir-gilir.
2. Main teka kad. Pegang kad, buat aksi. Minta anak teka apa yang kita sedang lakukan.
3. Masukkan kad ke dalam beg. Ambil satu dan namakan. Lakukan aksi yang sama seperti 
dalam gambar. Atau jika objek, cari objek yang sama seperti dalam gambar.
.
.
Sebaiknya, untuk ajar perkataan baru, perkenalkan melalui dunia sekeliling kita.
Gunakan apa sahaja yang ada di dalam bakul mainan anak, di dapur, di ruang tamu dsb.
.
.
"Oh begitu.. nasiblah saya tak sempat untuk tambah set kad imbas di rumah. Ingatkan masih tak cukup!"
Mujurlah Puan tak beli lagi, jika tidak pasti saya pinjam untuk buat bahan terapi.. hehe..

Comments