AKTIVITI MERANGSANG BAHASA DAN PERTUTURAN - Permainan Pilihan Popular!
============
Anak patung, semua anak-anak teruja bermain permainan ini.
Walaupun ada ibubapa yang melarang anak lelaki bermain anak patung, jika diberi peluang bermain, mereka juga akan seronok bermain dengan cara mereka sendiri!
Saya masih ingat lagi semasa kecil, anak patung kami diperbuat daripada kain batik.
Langkah terakhir paling menghiburkan, perlu ditarik-tarik bahagian kaki dan tangannya supaya bentuknya menjadi kemas. Hehe.
Kali ini, mari kita lihat bagaimana permainan ini boleh membantu merangsang bahasa,
pertuturan dan komunikasi anak-anak.
Juga kepada ibubapa, sudah kering idea untuk bermain anak patung bersama si kecil?
Teruskan membaca.
Apa yang kita boleh target ketika bermain anak patung?
1. Anggota badan.
Mata, hidung,mulut, telinga, pipi, dagu, dahi, rambut, gigi, perut, tangan, kaki, tapak tangan/kaki, jari, dada, belakang badan, peha,tumit, lutut, siku.
Mata, hidung,mulut, telinga, pipi, dagu, dahi, rambut, gigi, perut, tangan, kaki, tapak tangan/kaki, jari, dada, belakang badan, peha,tumit, lutut, siku.
Contoh aktiviti:
a. Menampal 'stickers' pada bahagian tertentu.
b. Jika bermain tema hospital, boleh tampalkan pembalut luka pada bahagian yang
b. Jika bermain tema hospital, boleh tampalkan pembalut luka pada bahagian yang
disasarkan.
c. Mandikan anak patung, sabun dan bersihkan bahagian yang disebutkan sahaja.
c. Mandikan anak patung, sabun dan bersihkan bahagian yang disebutkan sahaja.
2. Konsep asas.
Warna, kedudukan (atas/bawah), masa, bentuk, penerangan (panas/sejuk, baru/buruk, penuh/kosong, kering/basah).
Contoh aktiviti:
a. Sorokkan alatan sampingan (baju, pampers, sikat) di tempat-tempat tertentu. Contohnya, di bawah selimut, tepi bantal.
b. Pilih baju mengikut saiz dan warna. Ceritakan dan minta anak ambil mengikut pihan
warna atau saiz.
3. Perkataan perbuatan.
Tidur, makan, duduk, lari, lompat, berpusing, baring.
Contoh aktiviti:
a. Jika ada gambar aksi, tunjukkan gambar dan lakukan aksi seperti dalam gambar
menggunakan anak patung. Teka aksi yang dilakonkan.
b. Bermain anak patung seperti melakonkan aktiviti harian. Tidur, bangun pagi, gosok gigi, makan. Lakukan bersama-sama, sambil meminta anak mengikut arahan perbuatan.
4. Perasaan dan tingkah laku.
Lakonkan situasi tertentu, dan terangkan perasaan yang terlibat. Contohnya, "baby nak susu. Baby nangis. Baby sedih sebab lapar."
"Baby main lompat-lompat. Baby seronok!"
Untuk tingkah laku, lakonkan situasi yang biasa terjadi di rumah.
Contohnya beri baby makan (anak lakukan), tapi baby taknak, tepis pinggan. Pinggan jatuh. "O'oo! Pinggan jatuh!" Terangkan sebab-akibat dan cadangkan tingkah laku yang lebih baik.
Melalui permainan ini, anak akan melihat contoh dan belajar membentuk tingkah laku baru semasa bermain.
5. Melatih anak menjawab soalan.
Ini bagi menguji kefahaman akan perkataan yang telah dipelajari.
Pastikan soalan yang ditanya, anak betul-betul faham dan tahu jawapannya.
Seimbangkan soalan dan komen, dengan nisbah 1 : 5 (anggaran).
Cadangan tema semasa bermain:
1. Waktu mandi. Bermula daripada persiapan sebelum, semasa dan selepas mandi. (Pakai
baju, sikat rambut, sapu minyak pada badan).
2. Hospital.聽
Sakit apa, alatan hospital dan fungsinya, perasaan yang terlibat, prosedur biasa di hospital,
Sakit apa, alatan hospital dan fungsinya, perasaan yang terlibat, prosedur biasa di hospital,
lakonkan watak doktor atau jururawat.
3. Membeli-belah di pasar raya.
Setkan situasi (susunkan makanan mainan dan sebagainya). Bawa anak patung dan tolak
troli, beli barangan tertentu yang telah dirancang. Ini juga dapat membantu anak mengingat apa yang didengar (auditory memory).
Banyak lagi cara bermain yang menarik.
Yang paling penting, perlu kreatif!
Tip penting:
+ bagi memonitor perkataan baru, senaraikan dahulu perkataan sasaran.
+ daripada senarai, pilih beberapa perkataan yang terlibat dan gunakan sekerap yang boleh.
+ setelah anak faham, ingat dan boleh gunakan dalam aktiviti sehariannya, baru tukar kepada perkataan baru.
Sudah bersedia menjadi pasangan bermain anak patung bersama si kecil?
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment