AKTIVITI MERANGSANG KEMAHIRAN BAHASA DAN PERTUTURAN
Bermain Air.
Aktiviti melibatkan air tidak pernah membosankan bagi anak-anak.
Menariknya, bermain dengan air juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa dan
pertuturan mereka.
Bagaimana?
Jadikan tip dibawah sebagai panduan.
======
Anda perlukan:
+ bekas atau besen yang besar.
+ alatan di rumah seperti sudu, bekas berlainan saiz dan warna, sabun, botol, span, botol
+ bekas atau besen yang besar.
+ alatan di rumah seperti sudu, bekas berlainan saiz dan warna, sabun, botol, span, botol
penyembur, corong, penapis.
+ mainan plastik seperti pinggan mangkuk mainan, patung haiwan, kenderaan mainan.
+ mainan plastik seperti pinggan mangkuk mainan, patung haiwan, kenderaan mainan.
Apa matlamat yang boleh dicapai daripada aktiviti ini?
1. Memberi stimulasi bahasa kepada anak-anak.
Semasa bermain anda boleh perkenalkan perkataan baru dan konsep.
Sebagai contoh,
perkataan sasaran:
Konsep;
a. Dalam/cetek
b. Kosong/penuh
c. Berat/ringan
d. Lebar/sempit
e. Laju/perlahan
b. Kosong/penuh
c. Berat/ringan
d. Lebar/sempit
e. Laju/perlahan
Kata perbuatan;
a. Kacau g. Percik
b. Tuang h. Lap
c. Tenggelam i. Serap
d. Timbul j. Sukat
e. Cuci k. Sambung
f. Basuh l. Bocor
b. Tuang h. Lap
c. Tenggelam i. Serap
d. Timbul j. Sukat
e. Cuci k. Sambung
f. Basuh l. Bocor
Anda juga boleh labelkan setiap alatan yang digunakan.
2. Mengajar sebutan yang betul.
Sebagai contoh, untuk kanak-kanak yang baru belajar bercakap, boleh sasarkan huruf yang penghasilannya melibatkan
bibir seperti /p/, /b/ dan /m/.
Tentukan huruf sasaran yang ingin diajar dan gunakan semasa bermain.
Tentukan huruf sasaran yang ingin diajar dan gunakan semasa bermain.
Contohnya,
Huruf sasaran: /p/
/paip, percik, penuh, perah, sapu, pinggan, plup (bunyi tenggelam), lap/
Huruf sasaran: /b/
/bola, basah, baldi, baju, bekas, timbul, timba, bocor, botol, bot, lebar, timbul, berat/.
3. Menggalakkan anak berkomunikasi ketika meminta.
Sebelum anak boleh menghasilkan perkataan mereka biasanya akan tunjuk untuk dapatkan apa yang mereka mahu.
Masuk sahaja umur 1-2 tahun, anda perlu jangkakan mereka berkomunikasi
menggunakan verbal pula.
Jangkaan perlu sesuai dengan tahap perkembangan bahasa anak. Sebagai contoh,
Jika mereka membawa botol untuk dibukakan, tunggu dan buat reaksi muka menunggu
respons mereka untuk bercakap. Atau tanyakan, "adik nak apa?"
Jika masih belum bercakap, modelkan bahasa. Jika anak boleh sebut satu perkataan, modelkan dua perkataan dan seterusnya.
Gunakan teknik 'sabotaj' di sini.
4. Galakkan kemahiran mengambil giliran ketika bermain.
Jika baru diperkenalkan kemahiran ini, singkatkan waktu menunggu. Gunakan perkataan
seperti "tunggu," sambil tunjukkan isyarat tangan.
5. Perkenalkan bunyi-bunyi mudah sekiranya anak masih belum boleh menghasilkan perkataan.
Bunyi-bunyian lebih mudah dihasilkan. Anak-anak akan rasai kejayaan dan akan lebih bermotivasi untuk belajar bercakap.
Sebagai contoh,
Bunyi perbuatan:
/blup blup/ - tenggelam
/pop/ - letupkan buih
/Oo ou/ - jatuh
/blup blup/ - tenggelam
/pop/ - letupkan buih
/Oo ou/ - jatuh
Bunyi-bunyi binatang dan bunyi kenderaan juga boleh dihasilkan.
6. Perkenalkan anggota badan.
Contohnya siram air pada ____ (mana-mana anggota badan). Seperti biasa modelkan dahulu kemudian tunggu respons anak.
Jika bermain buih, boleh letakkan buih pada bahagian anggota badan tertentu dan
perkenalkan.
7. Bermain 'olok-olok'.
Aktiviti air sangat menyeronokkan apabila melibatkan imaginasi.
Reka cerita seperti permaian lanun dan bot, hidupan laut, dan sebagainya.
8. Libatkan pemikiran abstrak untuk anak-anak yang lebih besar.
Pilih objek yang boleh timbul dan tenggelam dan belajar membuat jangkaan, proses
penyerapan dan sebagainya.
Pilih objek yang boleh timbul dan tenggelam dan belajar membuat jangkaan, proses
penyerapan dan sebagainya.
Apabila anda memberikan stimulasi bahasa seperti ini, mereka akan terdedah kepada
informasi baru. Ini dapat meningkatkan kebolehan berfikir tentang dunia mereka.
informasi baru. Ini dapat meningkatkan kebolehan berfikir tentang dunia mereka.
Tip semasa bermain:
1. Sertai aktiviti dan rendahkan badan sehingga ke aras mata anak. Mereka akan lebih
seronok bermain apabila mereka rasa kebersamaan.
seronok bermain apabila mereka rasa kebersamaan.
2. Cipta suasana yang seronok dan santai. Elakkan situasi seperti pembelajaran.
Anak-anak lebih mudah belajar ketika mereka berseronok.
3. Ikut rentak anak ketika bermain. Tunggu dan perhatikan mereka membuat keputusan untuk mengetuai permainan. Kanak-kanak tidak suka diberikan arahan ketika bermain.
Apabila anda sudah pasti apa yang anak suka dan aturkan, sertai dan berikan stimulasi
bahasa.
bahasa.
4. Gunakan strategi interaksi dengan cara yang efektif seperti 'parallel talk', 'self talk' dan
'expansion'.
'expansion'.
5. Tidak perlu sasarkan banyak perkataan dalam satu aktiviti. Yang penting gunakan dan
ulang sebanyak yang mungkin perkataan yang disasarkan.
ulang sebanyak yang mungkin perkataan yang disasarkan.
Guna semula perkataan yang telah diajar semasa aktiviti tadi di dalam aktiviti seharian.
.
.
Bagaimana jika anak tidak berminat bermain air di dalam bekas?
.
Bagaimana jika anak tidak berminat bermain air di dalam bekas?
Variasikan aktiviti seperti menyiram pokok, bermain menggunakan penyembur air, bermain olok-olok seperti mengecat dinding menggunakan berus dan air,
membasuh alatan permainan dan sebagainya.
.
Anda tidak perlu lakukan semua perkara pada satu masa. Pilih satu atau dua matlamat, dan fokus pada pengulangan.
Anda tidak perlu lakukan semua perkara pada satu masa. Pilih satu atau dua matlamat, dan fokus pada pengulangan.
Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca sehingga habis
Selamat mencuba!
.
Siti Sarah Said
Speech-Language Therapist
Siti Sarah Said
Speech-Language Therapist
Comments
Post a Comment