NAK BERCAKAP DENGAN ANAK, TAPI BUNTU? ini 5 TEKNIK berkesan untuk ubah cara interaksi jadi lebih baik.

"Selalunya bila nak bercakap dengan anak, mesti soalan yang keluar."

.
"Anak masih belum boleh bercakap. Tak tahu bagaimana nak mulakan perbualan. Rasa janggal."

==== 

Kebanyakan ibubapa menyatakan masalah yang sama apabila mahu bina interaksi dengan anak kecil.

Sering terperangkap dengan soalan.

Jika tak bertanya, seolah-olah hilang idea nak bercakap dengan anak.

Sebenarnya tiada masalah untuk bertanya.

Cuma kadangkala bila berlebihan, anak akan rasa diuji.

Berinteraksi dengan menyoal sahaja, akan berakhir dengan perkara yang anak hanya tahu. Tiada tambahan info untuk anak pelajari.

bagaimana kita boleh ubah situasi ini untuk jadi lebih baik?

Ini 5 teknik yang boleh kita aplikasikan.

Tukarkan soalan kepada;

   +  Komen

   +  Pemerhatian

   + Pernyataan

   +  penerangan

  +  ungkapan seru

.
.
Ambil contoh mudah,

Soalan biasa yang ditanya,

"Kucing buat apa tu?"

Cuba tukarkan kepada ==>

1. "Wah, tengok!" 
(Ungkapan seru untuk tarik perhatian, menghalakan perhatian)

2. "Meow..meow..hai kucing."
(Menyapa)

3. "Kucing makan ikan."
(Pernyataan)

4. "Jom..kita tengok."
(Ajakan)

5. "Eeee..bulu kucing. Lembutnya."
"Busuk, wek!"

(Komen, penerangan, pemerhatian)

.
.
"Nampak mudah, tetapi bila dalam situasi sebenar akan rasa buntu."

Rata-rata daripada mereka angguk setuju.

Bagaimana mahu mahir menggunakan cara interaksi begini?

Dengan latihan. Gunakan cara ini berulang-ulang kali dalam konteks yang sebenar.

Kali pertama buat memang akan rasa kekok. Rasa tidak natural. 

Apabila dibiasakan berulang-kali, akan rasa lebih mudah untuk mulakan interaksi secara spontan.

.
Ada beberapa teknik lagi yang biasa digunakan oleh Speech Therapist untuk mengalakkan anak bercakap seperti:

+ 'Parallel Talk'
+ 'self Talk'
+ 'expansion'

Bagaimana? 

.
**Jika ingin lebih terkesan di hati, lihatlah lakaran saya di dalam gambar. Mana tahu kalau-kalau lebih mudah diingat. Hehe.**

Siti Sarah Said

Speech Therapist.


Comments