"Susah nak dapat masa spesifik untuk ajar anak bercakap."
"Ada tak cara yang mudah digunakan, untuk kami yang ada masa terhad di rumah dengan
anak-anak?"
.
Ada.
.
Ada.
Rangsang bahasa melalui aktiviti harian.
"Contohnya?"
.
Kenalpasti perkara rutin yang dilakukan setiap hari bersama anak.
.
Kenalpasti perkara rutin yang dilakukan setiap hari bersama anak.
Mengapa rutin harian?
Perkara rutin, perkara sama yang dilakukan berulang-ulang kali. Rutin harian:
+ Berlaku dalam konteks. Setiap perkataan atau ayat yang digunakan, disokong oleh 'props' di sekeliling.
Ambil contoh mudah,
Bila mahu mandikan anak, kita bawa tuala. Kita katakan, "jom mandi! Ambil tuala (pegang
tuala)." Anak kaitkan perkataan "tuala" dengan tuala (benda). Setiap kali mandi buat benda yang sama. Anak tahu, bila nak mandi perlu ambil "tuala".
+ Mudah dijangka. Apabila aktiviti dilakukan berulang-ulang kali, anak tahu apa yang perlu dijangkakan. Sama ada perbuatan ataupun ayat.
Sebagai contoh, lagu kanak-kanak (atau ayat al-Quran) yang didengar oleh anak setiap hari, mudah untuk mereka hafal. Jika dinyanyikan
separuh, mereka boleh sambungkan sendiri.
Mengapa?
irama yang sama, baris ayat yang sama diulang-ulang.
irama yang sama, baris ayat yang sama diulang-ulang.
"Oo begitu.. bagaimana nak mulakan?"
.
Kenalpasti rutin harian. Contohnya, bangun tidur, waktu mandi, waktu makan, atau waktu
.
Kenalpasti rutin harian. Contohnya, bangun tidur, waktu mandi, waktu makan, atau waktu
keluar rumah. Gunakan ayat ringkas yang sama, diulang setiap kali melakukan aktiviti yang sama.
Sebagai contoh,
Waktu mandi pagi.
Contoh rangsangan bahasa yang kita boleh beri;
Waktu mandi pagi.
Contoh rangsangan bahasa yang kita boleh beri;
ambil tuala, buka baju, buka pampers (cakap dan lakukan perkara tersebut serentak).
Dalam bilik mandi, ambil berus gigi, ubat gigi, bubuh ubat gigi, gosok gigi, kumur. Untuk
tambahan boleh terangkan warna tuala, berus gigi, rasa ubat gigi) siram air, sabun badan.
Semasa lakukan aktiviti, pastikan:
1). Rendahkan badan dan dapatkan eye-contact
2). Gunakan bahasa yang mudah dan ringkat. Ayat yang pendek.
3). Mulakan dengan model bahasa. Cakap berulangkali tanpa harapkan respons daripada
2). Gunakan bahasa yang mudah dan ringkat. Ayat yang pendek.
3). Mulakan dengan model bahasa. Cakap berulangkali tanpa harapkan respons daripada
anak.
4). Setelah dilakukan beberapa hari, barulah boleh cuba untuk dapatkan respons. Seperti
4). Setelah dilakukan beberapa hari, barulah boleh cuba untuk dapatkan respons. Seperti
sebutkan separuh ayat, "buka ____ (sambil bukakan baju anak)." Jika cukup banyak
didengar, mudah untuk mereka sambungkan.
.
.
"Baiklah. Gunakan rutin harian. Ulang ayat ringkas yang sama setiap kali, sambil
.
"Baiklah. Gunakan rutin harian. Ulang ayat ringkas yang sama setiap kali, sambil
melakukan perkara tersebut. Baik, saya cuba."
.
.
Adakah Tuan dan Puan dalam situasi yang sama?
.
Adakah Tuan dan Puan dalam situasi yang sama?
Boleh aplikasikan teknik ini untuk merangsang bahasa dan pertuturan anak.
Comments
Post a Comment