PENTINGKAH ANAK BERMAIN?


"Bila main, main sungguh-sungguh."
Bila tengok anak-anak bermain, agaknya itulah slogan mereka pada masa itu.
Sekejap jadi Elsa, sekejap jadi tukang masak, sekejap duduk bersila sambil mewarna, belum lagi 
tambah aktiviti fizikal.
Entah mana datangnya tenaga, boleh main dari bangun tidur sampai tidur balik.
Ada sesetengah daripada kita pula rasa tak tahan tengok anak main sepanjang masa. Rasa buang masa, lebih baik belajar ABC. Mengira.
Nanti dulu.
.
.
.
.
Bertenang.
Ada apa dengan BERMAIN?
Kanak-kanak bermain, bererti mereka sedang belajar.
Kanak-kanak bermain, bererti mereka sedang membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk proses pembelajaran yang lebih 'complex' kelak.
.
.
.
Dalam sesi penilaian perkembangan bahasa dan pertuturan juga, untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah, satu sesi 'bermain' akan dikendalikan bagi menilai aspek-aspek penting.
Jadi,
Bagi peluang anak-anak bermain di tahun-tahun pertama mereka.
Sertai mereka dan lihat cara mereka bermain.


Comments