WUJUDKAN RASA SELAMAT DALAM DIRI ANAK DENGAN PERATURAN

"Hannah jom kemas mainan ni dulu."
.
"Tak apa nanti lepas tidur Hannah kemas. Sekarang otak Hannah dah penat. Hannah 
taknak paksa otak hannah."
...

Saling berpandangan. Abah yang di dapur turut menoleh.
Makin besar, makin bijak menyusun strategi.
Yang mana rasa tidak berkenan, mereka akan cari jalan untuk elak. Yang mana mereka 
mahu, akan cuba cari jalan sampai dapat.
Ibu dan abah perlu jadi lebih bijak. Perlu tahu taktik anak-anak guna untuk lepaskan diri.
.
Jika peraturannya sebelum berehat perlu kemaskan barang mainan dahulu, begitulah 
peraturannya.
Jika diubah hari ini, esok lusa berubah lagi.
Ibu dan abah juga yang susah.
"Jom kita kemas dulu. Ibu tolong awak kemas. Nanti bila bangun tidur nak main benda lain pula. Lagi penat nak kemas banyak-banyak."
.

 


Bila anak-anak sudah tahu peraturan tidak akan berubah, yang paling best, anak-anak mudah akur.
Kurang cubaan untuk menduga cara yang paling berkesan untuk lepaskan diri.
Pernah atau tidak, bila anak-anak mahukan sesuatu, mereka akan bermula dengan meminta?
Bila tidak dapat, mereka cuba menangis pula. Jika masih tak dapat akan cuba cara berguling pula.
Jika masih tak berjaya, ada juga yang cuba hantukkan kepala di lantai.
Jika salah satu teknik berjaya mendapatkan apa yang mereka mahu, lain kali boleh guna lagi.
"Cara ini berkesan. Saya menang!"
.
Peraturan, perlu konsisten. Barulah anak-anak tidak keliru.
Mereka jelas mana yang boleh, mana yang tidak. Peraturan membuatkan kanak-kanak rasa selamat.
Peraturan melatih anak-anak berdisiplin.
.
.
Bila kali terakhir anda berjaya kekal dalam peraturan dari awal hingga akhir 'drama'?
Anda IBUBAPA YANG HEBAT!!!

Comments