Cuba bayangkan situasi ini:
Anda mahukan sesuatu, tetapi tidak tahu menamakannya. Juga tidak berupaya ambil
sendiri.
Perlu minta tolong, tetapi tidak mahir berkomunikasi. Rasa geram, marah!
Anda rasa sakit, tetapi tidak boleh beritahu pada orang lain. Rasa hampa, menangis.
Dengan harapan orang lain faham.
Mesej masih tidak sampai. Tangisan makin kuat, tahu-tahu dimarah pula kerana dituduh 'buat perangai'.
Rasa sedih, marah, tidak puas hati, kecewa, inginkan perhatian.. tidak dapat diluahkan. Satu-satunya cara, protes menggunakan apa yang ada. Jeritan, kaki, tangan.
.
Usia semakin meningkat. Ibu bawa anda ke taman. Anda perhatikan kawan-kawan bermain, rasa seronok. Cuba datang dekat tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana.
Usia semakin meningkat. Ibu bawa anda ke taman. Anda perhatikan kawan-kawan bermain, rasa seronok. Cuba datang dekat tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana.
Anda tolak kawan daripada belakang. Kawan terjatuh, anda tersengih dan tunggu respons
seterusnya. Ibu marah.
"Eh, saya sedang bermain. Kenapa ibu marah? Kenapa kawan menangis?" Bisik dalam hati.
.........
Ini adalah antara kisah anak yang ada masalah lambat bercakap.
Semakin lama, semakin sukar untuk anak-anak melalui hari-hari dengan kemahiran komunikasi yang terhad.
Semakin meningkat usia, persekitaran dan ruang lingkup anak semakin besar. Orang luar, mungkin tidak mampu meneka kemahuan mereka. Kemahiran bahasa dan pertuturan
terhad.
Wujud peraturan yang banyak di luar (di sekolah contohnya), pemahaman dan kosa kata yang kurang akan menyebabkan anak-anak dilabel 'bermasalah'.
Banyak kajian membuktikan, kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan pertuturan, jika lewat mendapatkan bantuan,
akan memberi kesan kepada kemahiran membaca dan menulis apabila memasuki sekolah.
.
.
Apa yang anda perlu lakukan?
.
.
Apa yang anda perlu lakukan?
Anda lebih tahu keadaan anak anda. Elakkan daripada 'tunggu dan lihat' sahaja.
Tidak perlu lagi meneka bila mereka akan mencapai tahap seperti rakan seusia mereka.
Dapatkan bantuan Speech Therapist.
Speech Therapist akan melihat kepada perkara yang anda risaukan, menilai sejauh mana
pemahaman, pertuturan dan penggunaan isyarat badan oleh anak anda.
Anda akan diberi panduan bagaimana untuk membantu anak anda bercakap.
Lebih awal anda bertindak, lebih mudah dibantu kerana otak mereka masih mudah
'berubah' dan menerima input.
Tuan dan puan,
Percayalah kepada naluri anda.
Comments
Post a Comment