ANAK LAMBAT BERCAKAP: LATIH KEMAHIRAN PENIRUAN

Beberapa bulan pertama kelahiran, bayi sudah mula berupaya meniru ekspresi muka 
individu yang selalu ada di sampingnya.
Apabila bayi sudah mula boleh mengeluarkan bunyi tersendiri ataupun gerakan, dan 
ibubapa pula cuba meniru perbuatan ini,
ia menggalakkan lagi reaksi bayi!
Apabila ibubapa mula meniru perbuatan bayi, si bayi akan menganggap perbuatan mereka 
(menghasilkan bunyi) menarik perhatian. Proses peniruan ini selanjutnya akan diklasifikasikan mereka sebagai kaedah untuk berkomunikasi.



Apa itu KEMAHIRAN PENIRUAN?
Ia merupakan suatu proses yang melibatkan kemahiran memerhati, praktik, dan mengulang semula perbuatan tertentu.
Kemahiran ini melibatkan peniruan pergerakan, perbuatan, bunyi, dan ekspresi muka.
Bayi dan kanak-kanak belajar banyak perkara dengan cara meniru orang sekeliling mereka.
Bagaimana cara untuk meningkatkan kemahiran peniruan ini?
Dengan kedudukan berhadapan dengan bayi, kekalkan kontak mata (eye-contact):

1. Ulang semula bunyi yang dihasilkan oleh bayi dengan menunjukkan minat terhadap 
bunyi yang dihasilkan
2. Kembangkan bunyi yang dihasilkan. Pada peringkat permulaan, mereka mungkin akan mengulang bunyi yang sama, tetapi lamakelamaan mereka akan menghasilkan bunyi yang 
bervariasi.
3. Lakukan pelbagai mimik muka dan pergerakan tangan apabila bersama bayi
4. Tiru ekspresi muka bayi, dan tunggu sebentar. Lihat adakah dia meniru semula. Bayi 
yang lebih besar atau kanak-kanak juga akan cenderung meniru pergerakan bibir.
5. Pastikan anda bersuara supaya mereka boleh belajar mengaitkan pergerakan mulut 
dengan bunyi atau perkataan tertentu.
6. Perkenalkan bunyi baru dan galakkan mereka untuk meniru bunyi tersebut. Guna objek 
yang dikaitkan dengan bunyi. Contohnya, "lembu berbunyi, mo-o-o." 
Hasilkan bunyi ketika bermain dengan permainan itu, kemudian tunggu sebentar dan lihat adakah mereka akan meniru bunyi tersebut.
7. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, biarkan mereka terlibat dalam kerja rumah seperti memasak, 
mencuci, berkebun dan sebagainya. Mereka akan praktikkan apa yang dilihat (meniru) 
semasa bermain.
8. Perkenalkan lagu kanak-kanak berulangkali kepada mereka, sehingga mereka mula
menyanyi semula atau cuba meniru perbuatan dalam lagu. Atau nyanyi dengan cara 
menyebut separuh baris lagu, tunggu sebentar sebagai isyarat untuk mereka 
menyambungkan bunyi atau perkataan yang sepatutnya.
Kanak-kanak perlukan proses pengulangan yang banyak untuk meniru
atau menghasilkan bunyi, jadi pastikan aktiviti yang sama dilakukan berulang kali.
Bunyi-bunyian adalah lebih senang ditiru berbanding perkataan pada peringkat awal.
.
.
.
Melatih kemahiran peniruan boleh menjadi sesuatu yang seronok dan semulajadi tanpa kitasedari!
Walaubagaimanapun, sesetengah kanak-kanak mungkin akan sukar menguasainya, 
contohnya kanak-kanak yang menghadapi 'autism'.
Hal ini kerana kemahiran peniruan memerlukan proses memerhati dan belajar daripada dunia sekeliling mereka.
Sukar untuk meniru bermakna kemahiran baru tidak dapat dipraktikkan dan diasah.
Kenalpasti peringkat peniruan anak anda sekarang!

Comments