TIP MUDAH BINA INTERAKSI BERKESAN DENGAN ANAK

Apa perkara wajib buat bila ajar anak perkataan baru?
Ulang. Ulang. Ulang.



Pengulangan akan bantu anak untuk:
1. Dengar perkataan banyak kali.
2. Ingat perkataan yang digunakan.
3. Tingkatkan keyakinan untuk guna perkataan baru.
Berapa kali perlu ulang?
Ulang sebanyak yang boleh. Lebih banyak peluang untuk ulang, lebih baik.
Ini tips untuk praktikkan pengulangan perkataan baru semasa bermain:
1. Gunakan objek atau subjek lebih daripada satu. Contohnya gunakan dua ekor binatang 
atau lebih.
Contohnya,
"Ayam lompat! Lompat! Lompat! Bushh (jatuh dalam air)!
Katak lompat! Lompat! Lompat! Bushh!
Itik lompat! Lompat! Lompat! Bushh!"
Lihat, berapa kali perkataan lompat dapat diulang?
2. Masukkan lagu semasa bermain. Gunakan lagu yang menggunakan perkataan atau frasa 
berulang-ulang.
Contohnya,
"Ini caranya gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi.." (sambil buat aksi).
3. Berlatih untuk terangkan ciri-ciri dan sifat sesuatu objek.
Sebagai contoh,
"BOLA! Sepak BOLA.. BOLA besar! Baling BOLA. Wahh tingginya BOLA! Ambil BOLA."
Mengapa perlu berlatih? Kerana bukan mudah nak lakukan secara natural.
Perlu ada idea untuk 'describe'.
Dalam sesi terapi, kebiasaannya parents akan ambil masa paling kurang 4-5 sesi untuk kuasai kemahiran ini.
.
.
Cuba praktikkan ini di rumah.
Oh ya, ini adalah fasa untuk beri pendedahan bahasa kepada anak. Elakkan untuk terus 
minta anak ulang, atau respons kepada kita.
Jika tiada respons, teruskan sahaja dengan memberikan rangsangan bahasa.
Komen, terangkan dan jelaskan. Kurangkan soalan.

selamat mencuba! jika ada sebarang soalan, sila tinggalkan di ruangan komen.

Comments