Pernah tak, apabila kita mahu sertai anak bermain, anak marah dan tak benarkan kita
ganggu mereka?
Ini memang antara saat yang mencabar buat parents.
Bagaimana nak beri rangsangan bahasa, jika kita tak dapat nak sertai anak bermain?
Alat permainan sudah ada, namun masih belum boleh manfaatkan.
Jika begini, saya lebih suka cadangkan parents untuk simpan dahulu semua permainan.
Simpan, supaya kita boleh lihat apa yang ada disekeliling, untuk bina interaksi.
.
.
.
.
Cuba lihat kedua-dua gambar ini.
Gambar pertama, alat permainan.
Gambar kedua, kerusi beroda.
Di dalam sesi terapi, kerusi beroda sebenarnya lebih banyak membantu saya untuk bina
interaksi dan dapatkan perkataan daripada klien.
Klien duduk atas kerusi, saya akan tolak sambil cakap "tolak!" Mereka seronok!
Saya berhenti. Mereka mahu lagi. Selepas diulang beberapa kali, setiap kali berhenti dan
tunggu, mereka akan minta lagi dan cakap "tolak" (masih pelat).
Jika di rumah, bila anak (semasa usia 12 bulan) panggil saya, saya akan beri respons yang
buatkan dia ketawa. Kemudian pura-pura alihkan pandangan ke tempat lain.
Anak panggil lagi. Saya buat lagi perkara yang sama. Semakin lama, semakin panjang masa saya ambil untuk respons.
Makin banyak bunyi dan perkataan yang anak guna, berusaha untuk dapatkan perhatian
saya.
Ideanya, kita adalah medium utama untuk dapatkan keseronokan. Anak berpeluang untuk:
1. Rujuk kepada kita untuk dapatkan keseronokan.
2. Beri tumpuan pada kita.
3. Tiru apa yang kita lakukan.
4. Mengambil giliran dalam interaksi
5. Menggunakan bunyi, aksi dan perkataan semasa bermain.
2. Beri tumpuan pada kita.
3. Tiru apa yang kita lakukan.
4. Mengambil giliran dalam interaksi
5. Menggunakan bunyi, aksi dan perkataan semasa bermain.
Paling utama, bina hubungan dan tumpuan bersama. Bina interaksi sosial, kemahiran yang
lain akan lebih mudah dipelajari kemudiannya.
Beri peluang untuk anak terokai semua perkara di sekeliling mereka, barulah kita boleh
kenalpasti apa perkara yang boleh buatkan mereka 'enjoy'.
SITI SARAH SAID
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST
Comments
Post a Comment