THOMAS AND FRIENDS! CARA DAPATKAN TUMPUAN BERSAMA

Dalam banyak-banyak toys, mereka inilah yang paling saya sayang.


Mereka selalu bantu saya untuk bina 'hubungan baik' dengan klien-klien kecil saya.
James (merah) sudah rosak enjinnya. Tinggal Thomas (biru).
Baru-baru ini, Thomas pula buat perangai. Saya belum bersedia mahu 'hilang' kedua-duanya.
.
.
Dalam sesi terapi, selalunya saya akan bermula dengan gunakan dua benda yang sama 
untuk menggalakkan kemahiran peniruan.
Saya perlu bina kepercayaan klien terhadap saya, saya perlu bina hubungan baik dan 
buatkan klien sukakan saya. Barulah proses pembelajaran senang berlaku.
Jika klien masih tidak ada kemahiran meniru, saya akan mula meniru aksinya dahulu untuk mendapatkan perhatian daripadanya.
Lebih mudah jika ada dua benda yang sama untuk permulaan (berbaloi untuk memiliki dua set keretapi, semua kanak-kanak pun suka).
.
Oh sudah panjang rupanya cerita saya. Sebenarnya saya hanya mahu bercakap tentang 
Thomas dan James sahaja.
Semoga mereka boleh terus berkhidmat untuk saya bagi membantu klien-klien kecil saya.

Comments