Rahsia Teknik Menggunakan Buku!
.
Kata kunci:
Most popular. Activity. Expert. Speech and language development.
Most popular. Activity. Expert. Speech and language development.
Dapatan carian popular:
BOOK.
.
BOOK.
.
Menurut banyak kajian, buku merupakan alat yang berkuasa bagi meningkatkan kemahiran interaksi, bahasa, pertuturan dan literasi.
=========
BUKU.
Saya sendiri sukakan aktiviti ini. Mengapa?
+ Relax.
Inilah satu-satunya masa anak saya akan duduk bertenang. Kita masih boleh berehat disamping
berinteraksi bersama anak.
+ boleh mengalihkan perhatian anak.
Kita tahu, kanak-kanak punyai kemahiran menunggu yang sangat singkat. Mereka mudah bosan. Semasa
dalam perjalanan, di kedai makan, menunggu giliran di kaunter bayaran, buku atau risalah
sering menjadi penyelamat.
+ kosa kata di luar 'kotak'
Saya sedar, jika hanya bergantung kepada perbualan di rumah, kosa kata anak akan terhad.
Sehingga satu tahap, tidak ada perkara baru untuk dibualkan atau diceritakan.
Bukulah penyelamat. Kami boleh 'explore' perkataan baru, situasi yang baru dan
berimaginasi.
Belajar perkataan baru daripada buku dan gunakan semua dalam kehidupan seharian.
.
.
.
.
Saya percaya, ibu bapa kini tentu sudah aplikasikan perkara yang sama kepada anak di
rumah;
Menggunakan buku sebagai alat untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan pertuturan
anak.
Ada yang baru hendak bermula?
Di sini saya ada beberapa TIP untuk dikongsikan.
1. Sebelum bacakan buku kepada anak, pastikan kita tahu apa isi kandungan cerita itu. Perlu baca dahulu dari kulit ke kulit.
Ini dapat memberi gambaran keseluruhan dan idea kepada kita bagi mewujudkan penceritaan yang baik.
Bagaimana penceritaan yang baik?
+ ekspresi muka dan intonasi suara yang sesuai dengan jalan cerita.
+ unsur saspens. Ini membuatkan anak ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. Bayangkan jika kita tidak tahu seluruh jalan cerita. Bagaimana mahu wujudkan unsur ini?
2. Penceritaan yang 'flexible'
Tidak perlu bergantung kepada ayat dalam buku. TETAPI, bagaimana untuk pastikan anak dapat belajar sesuatu daripada buku?
Saya sering sarankan ibu bapa ikuti langkah ini:
a. Lihat keseluruhan gambar. Bina perkataan atau ayat (bergantung kepada tahap anak)
berdasarkan gambar.
Jadikan ia sebagai SKRIP RUTIN ketika membaca buku tersebut. Wujudkan PENGULANGAN.
Begini, setiap kali baca buku yang sama, guna penceritaan, perkataan atau ayat yang sama. Sehingga satu tahap, anak boleh tunjuk jika kita bertanya, dan boleh beritahu secara
spontan.
Contohnya, ada gambar orang bermain di padang permainan. Ceritakan apa yang dilakukan setiap orang.
"Adik main buai. Lihat! Abang bermain layang-layang. Tinggi layang-layang! Ada burung hinggap atas pokok."
Kesemua ayat ini, perlu digunakan semula setiap kali membaca buku yang sama.
Walaupun skrip ini direka, perlu kekal gunakan skrip yang sama untuk wujudkan
pengulangan. Lebih mudah untuk anak belajar perkataan baru.
3. Masa untuk tambah kosa kata baru.
Apabila anak sudah ada 'engagement' dengan buku, kita dapat perhatikan perkara ini:
+ tunjuk minat mahu bercerita. Anak akan tunjuk dan mungkin akan sebut perkataan yang biasa didengar semasa membaca bersama.
Waktu ini, kita pasti teruja! Mudah dapatkan respons dan interaksi. Mereka selesa
berkongsi tentang cerita yang selalu didengar dan diulang.
Ini adalah PETANDA bahawa kita boleh tambah perkataan baru.
Adakalanya, kita bimbang untuk perkenalkan perkataan baru kepada anak. Mereka 'stuck'
dengan bilangan kosa kata yang mereka ada.
Kita selesa berkomunikasi dengan kosa kata yang dipunyai mereka. Move on. Sentiasa cari
peluang untuk perkenalkan perkataan baru.
4. Kualiti vs kuantiti
Pernah dengar, membaca buku yang sama berulang kali lebih baik berbanding membaca
buku yang berlainan setiap hari?
Pengulangan membantu anak mengingat perkataan baru.
Jangan risau jika ada kuantiti buku yang sedikit. Bacakan sahaja buku yang sama. Kanak-kanak tidak akan pernah bosan.
Namun, perlulah gunakan buku yang berkaitan dengan minat anak.
5. Bermula dari sedikit.
Jika tumpuan anak masih singkat bersama buku, tenang sahaja. Jika hari ini satu hingga
dua halaman sahaja, esok cuba tambah halaman lagi. Yang penting konsisten.
Jika mahu anak sukakan buku, berikan pengalaman yang seronok sahaja berkaitan buku.
Elakkan memaksa.
.
.
.
.
.
.
Benarkah membaca buku bersama anak dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan pertuturannya?
Banyak kajian bersetuju ia benar membantu. Ia juga sebahagian daripada aktiviti yang kami lakukan dalam sesi terapi pertuturan.
Lebih daripada itu, aktiviti ini dapat memberi kesan positif terhadap kemahiran membaca
dan menulis kelak.
Mari jadikan ini sebagai aktiviti seisi keluarga!
Comments
Post a Comment