TANTRUM - APA KITA PERLU JANGKAKAN?

ANAK TANTRUM.
Apabila anak tantrum, kita ada dua pilihan.
Satu, buat apa sahaja asalkan dia tenang secepat mungkin.
Dua, 'no quick fix'. Kita tahu, ini adalah proses untuk anak belajar. Kita mahu setiap perkara yang anak lalui, dijadikan sebagai proses pembelajaran.


Membesarkan anak, seperti orang mahu berbisnes. Perlu tahu hasil akhirnya dahulu.
Kemudian buat perancangan berkala, bagi mencapai hasil yang dirancang.
Begitu juga dengan anak, daripada awal lagi kita perlu tetapkan bagaimana potensi anak 
yang kita mahu ketika usianya 5 tahun akan datang.
Sebagai contoh,
Kita mahu, pada usianya 5 tahun, sekurang-kurangnya dia sudah boleh berdikari.
Mudah belajar perkara baru dan dan boleh berkomunikasi dengan baik di luar.
Kita mahu, dia ada sifat empati terhadap orang lain dan pandai menyantuni sesiapa sahaja.
Ini yang kita fikirkan.
Bagaimana mahu capai hasil ini?
Perancangan yang berkala, bermula seawal usia.
Contohnya,
Sejak awal lagi perlu ajar anak berkomunikasi, memahami arahan, bercerita tentang 
pengalaman, mengenal emosi dan mewujudkan sifat empati dalam diri.
Ini akan membentuk keupayaan dan peribadi anak di masa akan datang.
.
.
Jadi pada masa ini, apabila anak tantrum, fahami apa yang ingin disampaikan. Jika 
tujuannya untuk menguji had peraturan yang telah ditetapkan, jangan mengalah.
Otaknya sedang belajar menerima had dan peraturan. Otaknya membentuk jaringan khas 
untuk faham perkara ini;
bukan-semua-perkara-yang-saya-mahu-saya-akan-dapat.
Inilah kelebihan otak kita.
Jika berhadapan anak tantrum lagi selepas ini, bersedia buat pilihan.
Beri 'ubat penenang' atau pilih 'no quick fix'.
Bayangkan apa yang kita mahu, ketika anak kita mula bersekolah.
Ini akan membantu kita untuk fokus dengan hasil akhir yang dinginkan.

Comments