"Lihat, anakku! Di sana ada sebuah 'taman membaca' yang menyeronokkan dan mencabar. Di sebalik pagar itu.
Kamu perlu memasukinya.
Nah, ini kuncinya.
Mari kita buka pagar ini supaya kamu boleh masuk ke sana."
Dengan tekun, anak itu cuba memasukkan anak kunci ke dalam mangga yang merantai
pagar.
Banyak masa diambil, banyak usaha diperlukan demi membukanya. Adakah ia berbaloi?
"Ya sudah tentu ia berbaloi. Masuk kedalam 'taman membaca' adalah perkara terpenting
yang akan kamu lakukan.
Kamu akan berjaya di sekolah dan akan masuk ke kolej yang bagus.
Cuba dengan lebih gigih lagi!".
..
Selang beberapa jam kemudian, akhirnya pintu pagar dapat dibuka.
"Yeahh!... sekarang masa untuk berseronok!" Teriak anak kecil itu.
Anak itu memandang sekeliling. Terhenti seketika dan dia mula berfikir.
"Eh, sebentar! Ini adalah satu tempat yang kosong. Tiada apa-apa melainkan pohon-pohon kecil yang baru mula tumbuh. Ini sangat membosankan!"
..
..
"Maaf anak... mungkin 'taman pemikiran' ini masih belum bersedia sepenuhnya.
Jika anak boleh menunggu beberapa tahun lagi, pohon-pohon ini akan tumbuh menjadi pohon 'idea' yang menarik.
Anak boleh gunakan kunci membaca ini untuk berseronok. Kamu pasti akan menyukainya."
.
.
.
**cerita ini dipetik daripada sebuah buku yang tak pernah jemu saya tekuni, buku berjudul
'Your Child's Growing Mind', penulisan Jane M. Healy**
Ia berkisar tentang dunia realiti anak-anak hari ini.
Antara permasalahan terbesar di sekolah adalah pejuang muda ini tidak suka membaca.
"Membaca membosankan." Kata mereka.
Analogi ini mengandaikan kanak-kanak yang diberi kunci untuk membuka pintu pagar
sebagai anak-anak yang diprogramkan membaca seawal usia.
Taman masih kosong. Walaupun pintu berjaya dibuka setelah usaha sehabis daya.
Sekiranya kita mahu kanak-kanak 'membaca' setiap perkataan sebelum mereka mempunyai idea, daya berfikir, dan
bahasa untuk membuatkan membaca sebagai satu pengalaman yang seronok.
Kita seakan memberi kunci untuk membuka pintu taman yang masih tidak sempurna.
Membaca, menyebut perkataan tanpa faham apa yang di baca, tidak mengaitkan apa yang
dibaca dengan maknanya;
akan memisahkan pembacaan dengan konteks bahasa.
Membaca tanpa faham isi, membaca sekadar membunyikan.
Membaca adalah suatu proses yang kompleks.
Untuk menjadi pembaca yang baik, kefahaman perlu menjadi teras.
Secara ringkasnya, kesediaan membaca (reading readiness) memerlukan rangkaian
kemahiran asas seperti:
1) Perkembangan visual mestilah cukup untuk;
a. Bantu fokus pada jarak yang sesuai
b. Membezakan huruf dan perkataan
c. menjejaki tulisan dari kiri ke kanan
d. Mengekalkan tempat pembacaan
2) Kemahiran berfikir perlu berkembang cukup untuk faham bahawa perkataan membawa maksud, dan menghubungkannya dengan idea.
Ibubapa memberi pengalaman kepada anak meneroka dunia sekeliling, belajar menggunakan kesemua sensori,
dan bercakap mengenainya;
Akan membentuk jaringan mental (sel-sel otak terhubung).
Justeru kesediaan membaca akan terbina di atasnya.
Apakah asas untuk perkembangan membaca?
1. Terokai dunia bermain bersama anak-anak.
2. 'Bedtime story'. Bacakan buku cerita kepada mereka. Sehingga mereka mahu tahu apa
yang ditulis untuk faham cerita.
.
.
.
Maka jelaslah, ibubapa merupakan pasangan terpenting di dalam perkembangan membaca anak-anak.
Untuk bantu perkembangan membaca, kita sebagai ibubapa perlu membina kemahiran
bahasa, penguasaan sensori dan daya berfikir terhadap aktiviti membaca anak-anak.
.
.
Pada peringkat awal usia, lebih banyak perkara boleh dipelajari daripada lumpur dan air,
berbanding mengenal huruf. - Jane M. Healy.
Siti Sarah Said,
Speech Therapist.
Comments
Post a Comment