STRATEGI MENGGALAKKAN KOMUNIKASI: Bunyi Mencuit Hati!


Gelisah anak masih belum bercakap. Macam-macam teknik digunakan. Namun,
Kecewa apabila anak tidak meniru perkataan?
Anak hanya keluarkan bunyi sewaktu bermain?
Atau baru mula keluarkan bunyi seperti ingin bercakap, namun tidak difahami dan bukan 
seperti perkataan?
Artikel ini mungkin boleh membantu. Teruskan membaca.


.
.
.
Masih ingat lagi puteri kedua saya, setiap kali datang bawa buku kegemarannya akan diikuti dengan gaya bersin,
"Achuu!" Sambil tangannya memicit hidung.
Ada satu adegan dalam buku itu, seorang atuk bersin ketika di meja makan.
Suka benar dia pada bahagian ini.
Ketika ini, dia baru mula belajar bercakap.
Setiap kali keluar rumah pula,
dia akan menuju ke padang sebelah rumah untuk melihat lembu. Riuh mulutnya, "mooo 
moooo."
Setiap kali dia meniru bunyi-bunyian, akan diikuti dengan gelak tawanya. Baginya, seolah-olah bunyi-bunyi yang dihasilkan mencuit hati.
Memang sengaja saya hasilkn bunyi-bunyian begini.

1. Ia ringkas dan mudah ditiru berbanding perkataan.

2. Bunyi yang dihasilkan seperti lanjutan daripada fasa 'babbling' yang bermula sejak umur 6 bulan lagi.

3. Setiap bunyi merupakan simbolik kepada benda atau perbuatan yang dihasilkan. Ini adalah prinsip kepada perkataan yang sebenar. Perkataan itu sendiri mewakili simbol kepada sesuatu.

Antara bunyi yang biasa saya lakukan adalah:

+ "uh oh" - bila ada barang jatuh.
+ "ow" - bila rasa sakit.
+ "achoo!" - buat bunyi bersin.
+ "wekk" - bau busuk atau kotor.
+ "uhuk uhuk" - bunyi batuk.
+ "muahh" - bunyi sewaktu mencium pipi.
+ "shhh" - isyarat bunyi tidur.
+ "brrr" - menggigil sejuk.
+ "bumm!" - apabila baring atas katil.
+ "iyaahh" - bunyi buka/angkat sesuatu.
+ "aumm" - bunyi sewaktu bermain 'harimau'
+ "hahaha" - bunyi ketawa dalam buku cerita.
+ "uwekk" - bunyi baby nangis.
.
.
Prinsipnya, bunyi yang dihasilkan haruslah 'silly and fun'!
Pastikan bunyi-bunyi yang dihasilkan digunakan dalam aktiviti seharian, 
dalam situasi yang berlainan dan digunakan dengan pasangan komunikasi berlainan.
.
.
Benar, memperkenalkan perkataan itu penting.
Tetapi cuba elakkan untuk hanya fokus kepada perkataan. Mulakan dengan sesuatu yang 
lebih senang.
Kedua-dua pihak lebih mudah merasakan kejayaan.
Cuba fikirkan, apa bunyi yang mudah ditiru dan mencuit hati anak?
Lakukan ini dahulu.


SITI SARAH SAID,
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.

Comments