Disebabkan anak saya juga membesarnya dalam zaman digital dan elektronik, sudah tentu mereka juga terdedah dengan penggunaannya.
Saya ingin kongsikan cara yang saya aplikasikan untuk mengawal ‘screen time’ bersama
anak-anak saya.
Kesemua cara ini saya dapati daripada pembacaaan dan ubahsuai mengikut karaktor anak
saya sendiri. Semoga bermanfaat.
Ini adalah apa yang saya lakukan:
1.Tentukan tujuan kita dahulu. Kenapa perlu perkenalkan TV atau gajet kepada anak. Jika
untuk tujuan pembelajaran, pastikan kita tahu apa yang perlu kita kawal.
2. dibenarkan untuk menonton TV selepas umur 2 tahun. Kecuali di tempat yang saya tiada kuasa untuk mengawal, seperti di luar kawasan rumah.
Pada peringkat umur 2 tahun, kemahiran bahasa dan pertuturan anak biasanya sudah
berkembang. Pada waktu ini mereka lebih mudah faham arahan dan sebab akibat. Lebih
mudah untuk kekal dalam peraturan.
3.Sebelum menonton TV, ada sesi untuk mendegar peraturan.
Contohnya, jika sudah habis cerita, perlu terus tutup TV. Tiada siaran ulangan atau pilihan
lain selain apa yang dibenarkan. Jika masing-masing sudah setuju dengan peraturan, baru TV akan dibuka.
Ya, akan ada masa anak saya menangis kerana mahu tonton lagi, tapi saya akan ingatkan
semula peraturan yang telah dipersetujui.
Walau apapun cara yang dilakukan untuk mengubah peraturan, kuatkan diri untuk tidak
terpengaruh. Peraturan perlu konsisten.
4.Kami muat turun kesemua video dan cerita kegemaran anak dan hanya dibenarkan
ditonton di TV sahaja. Banyak manfaat yang saya dapati daripada cara ini:
+ anak-anak faham, TV adalah satu-satunya tempat untuk menonton cerita atau vedeo lagu.
+ gajet orang dewasa sentiasa dalam keadaan selamat kerana tiada sebarang keseronokan
dikaitkan dengan gajet.
+ menggunakan TV, lebih mudah mengehadkan masa. Apabila rancangan sudah habis,
automatik ia akan terhenti, tiada pilihan.
Kita juga dapat mengawal isi kandungan cerita kerana kita yang memilih rancangan untuk
dimuat turun berbanding melalui gajet. Mereka ada akses sepenuhnya di sana.
+ mudah untuk mengawal jarak mata dari skrin dan postur badan lebih baik berbanding
menggunakan gajet.
5.Anak hanya dibenarkan menonton rancangan kegemaran apabila:
+ emosi stabil
+ cukup makan
+ cukup tidur
Hal ini dapat mengurangkan kemungkinan untuk mereka memberontak ketika dalam
peraturan. Elakkan kesemua faktor yang boleh mempengaruhi emosi.
6.Selalunya saya akan benarkan anak menonton TV ketika mereka tidak meminta-minta. Kadangkala saya juga jadikan aktiviti ini sebagai kejutan.
Inilah antara bahagian menarik dalam menjalankan peraturan. Apabila tiba waktu diberi
pelepasan, mereka akan berasa teruja dan akan lebih menghargai kita.
apabila dapat kebenaran untuk tonton TV, gelagat anak saya seperti dapat pergi mononton Didi secara ‘live’, siap susun kerusi kecil sambil bersorak. He he.
.
.
Ini lah yang saya lakukan sebagai usaha untuk mengehadkan
penggunaan alat digital bagi anak-anak kecil saya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang ingin sama mengawal
penggunaan gajet terhadap anak-anak.
Siti Sarah Said
sedang berusaha untuk jadi ibu yang terbaik bagi anak-anak.
Comments
Post a Comment