Untuk berinteraksi, kita perlukan:
+ KEINGINAN untuk berkomunikasi
+ KEPERLUAN untuk berinteraksi
+ Pengetahuan dan keperluan untuk MEMULAKAN interaksi
+ Pengetahuan dan kebolehan untuk MENERUSKAN interaksi
+ Pengetahuan dan kebolehan untuk MENGAKHIRI interaksi
+ PEMAHAMAN yang orang lain mempunyai pemikiran yang berbeza.
.
.
.
.
Ini bukan kerja mudah. Ini juga tidak berlaku secara semulajadi sejak kanak-kanak lahir.
Namun, ini boleh dilatih.
Kerana pembelajaran bahasa berlaku sehari-harian.
Lihat ini, ciri-ciri persekitaran rumah yang membina perkembangan bahasa:
1. Bayi mendengar suara orang dewasa yang menyenangkan.
2. Kanak-kanak melihat ibu bapa menggunakan bahasa untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Percakapan disusuli dengan perbuatan.
3. Ibu bapa berkongsi aktiviti dan bercakap mengenainya dengan anak.
4. Kanak-kanak digalakkan menggunakan bahasa untuk mendapatkan keinginan.
Menangis dan meraung tidak membolehkan mereka mendapat apa yang diingini.
5. Orang dewasa menyesuaikan percakapan mereka dengan kebolehan anak untuk faham
apa yang disampaikan.
6. TV tidak dapat menggantikan perbualan dengan orang sekeliling. Kanak-kanak perlu belajar melalui interaksi, bukan hanya menyerap input.
Adakah ini berlaku di rumah kita?
jika tidak, kita masih mampu mengubahnya.
Comments
Post a Comment