AKTIVITI MERANGSANG BAHASA DAN PERTUTURAN.
Mahu bermain dengan anak, tetapi sukar dapatkan perhatiannya?
Ingin cari aktiviti yang dapat menggalakkan anak berkomunikasi secara spontan?
Anda boleh cuba aktiviti seperti di bawah:
“ADA APA DALAM BEG?”
=============
Ini adalah antara permainan yang kerap saya gunakan dalam sesi terapi.
Target umur, 18 hingga 30 bulan. Tetapi masih boleh digunakan untuk peringkat umur yang lain, bergantung kepada matlamat dalam aktiviti.
Permainan ini boleh menarik perhatian anak, mudah disediakan dan menggalakkan kanak-kanak untuk berkomunikasi!
Apa yang diperlukan?
1. Beg bertutup. Jika tiada beg, sarung bantal juga boleh digunakan.
2. Alat permaian untuk diisi dalam beg,
sebagai contoh:
a) Makanan mainan (buah, aiskrim, sayur)
b) Kenderaaan mainan yang anak gemari
c) Binatang mainan
d) Alatan harian seperti (sikat, cawan, sudu)
e) Mainan yang boleh menghasilkan bunyi
sebagai contoh:
a) Makanan mainan (buah, aiskrim, sayur)
b) Kenderaaan mainan yang anak gemari
c) Binatang mainan
d) Alatan harian seperti (sikat, cawan, sudu)
e) Mainan yang boleh menghasilkan bunyi
Bagaimana untuk mulakan aktiviti?
1. Letakkan kesemua objek di dalam beg.
Pegang beg dan dapatkan perhatian anak.
Tanyakan, “ada apa dalam beg?” (boleh
goncangkan beg untuk menghasilkan bunyi.
Ini akan menarik perhatian anak).
Pegang beg dan dapatkan perhatian anak.
Tanyakan, “ada apa dalam beg?” (boleh
goncangkan beg untuk menghasilkan bunyi.
Ini akan menarik perhatian anak).
2. Ambil giliran untuk keluarkan objek daripada beg;
namakan dan galakkan anak untuk bermain dengan objek tersebut. Cuba elakkan daripada melihat ke dalam beg.
namakan dan galakkan anak untuk bermain dengan objek tersebut. Cuba elakkan daripada melihat ke dalam beg.
3. Gunakan bahasa yang mudah untuk terangkan apa yang anak lakukan semasa bermain,
contohhnya, “kereta”, “kereta merah”, “tolak kereta”, kereta laju!”
4. Jika anak kelihatan tidak tahu bermain dengan objek yang diambil, modelkan cara
bermain dengannya.
Contohnya, ambil cawan dan buat seperti
minum atau minumkan air pada anak patung. Main dengan anak secara bergilir-gilir.
Contohnya, ambil cawan dan buat seperti
minum atau minumkan air pada anak patung. Main dengan anak secara bergilir-gilir.
Tip semasa berinteraksi:
1. Letakkan beg dan objek pada aras muka supaya anak melihat ke arah muka anda.
2. Buat mimik muka ‘excited’ sewaktu memegang beg dan mengeluarkan objek daripada beg (seperti membuka hadiah). Ini untuk kekalkan perhatian anak terhadap aktiviti.
3. Seimbangkan soalan dan komen. Komen semasa bermain dapat memberi input bahasa
untuk digunakan.
4. Apabila bermain dengan objek makanan contohnya, sertakan perkataan seperti rasa (masam, manis, pahit, sejuk, panas) yang berkaitan dengan objek.
Sebagai contoh, “yumm..aiskrim”, “aiskrim sejuk!”, atau makan limau “euuww, limau masam!”
Sebagai contoh, “yumm..aiskrim”, “aiskrim sejuk!”, atau makan limau “euuww, limau masam!”
Antara perkataaan yang boleh disasarkan adalah:
+ "giliran ibu," "giliran adik."
+ "lagi."
+ "buka."
+ bunyi-bunyi haiwan dan kenderaan
+ konsep (saiz, warna)
+ kata perbuatan (makan, minum, tolak; bergantung kepada objek)
+ "habis.”
+ "lihat"
+ "ada apa?" (Model soalan)
+ "lagi."
+ "buka."
+ bunyi-bunyi haiwan dan kenderaan
+ konsep (saiz, warna)
+ kata perbuatan (makan, minum, tolak; bergantung kepada objek)
+ "habis.”
+ "lihat"
+ "ada apa?" (Model soalan)
Banyak lagi boleh disenaraikan. Anda boleh bereksperimen dengan objek untuk memberi
stimulasi bahasa kepada anak.
Yang penting adalah cara penyampaian (berkomunikasi dengan cara yang betul).
Jika anda menguasai kemahiran berinteraksi dengan anak, segala aktiviti boleh dijadikan
aktiviti yang kaya dengan rangsangan bahasa.
Selamat mencuba!

Comments
Post a Comment