AKTIVITI MERANGSANG BAHASA DAN PERTUTURAN.
Thomas & friends!
============
Permainan kereta api, adalah antara permainan paling kerap saya gunakan semasa sesi
terapi.
Kebanyakan kanak-kanak autism yang saya jumpai juga sangat berminat dengan Thomas & Friends (siri cerita
berkenaan kereta api).
Ada yang turut menghafal setiap watak yang terlibat.
Saya berminat untuk berkongsi cara bermain keretapi sambil merangsang bahasa dan
pertuturan anak.
Jika anak anda antara peminat tegar permainan ini, perkongsian ini mungkin boleh
dijadikan rujukan.聽
.
.
.
.
Apa yang boleh disasarkan ketika bermain set kereta api adalah:
1. Menambah bilangan perkataan
2. Memanjangkan ayat
3. Kemahiran meminta/ mulakan komunikasi
4. Kemahiran bertanya
5. Konsep asas
6. Mengikut arahan
7. Menyelesaikan masalah
8. Mengikut turutan kejadian
9. Mengira
10. Mengenal warna
11. Kontak mata dan tumpuan
12. Mengajar sebutan
2. Memanjangkan ayat
3. Kemahiran meminta/ mulakan komunikasi
4. Kemahiran bertanya
5. Konsep asas
6. Mengikut arahan
7. Menyelesaikan masalah
8. Mengikut turutan kejadian
9. Mengira
10. Mengenal warna
11. Kontak mata dan tumpuan
12. Mengajar sebutan
Banyak lagi boleh disenaraikan! Bergantung kepada cara permainan itu dikendalikan.
Cara yang lebih spesifik saya kongsikan di sini:
1. Labelkan setiap bahagian keretapi. Antara contoh komponen yang terlibat;
enjin, gerabak penumpang, gerabak barang, landasan, platform, landasan bawah tanah, jambatan, lampu, bateri, skru.
2. Bina landasan keretapi bersama.
Jika pada waktu itu saya mensasarkan untuk mengajar kanak-kanak untuk meminta, saya akan memegang kesemua komponen landasan.
Beri satu persatu apabila diminta, sama ada melalui verbal atau isyarat komunikasi (melihat muka). Bergantung kepada matlamat terapi.
3. Berikan nama pada setiap keretapi. Jika kanak-kanak meminati cerita Thomas & Friends, gunakan kesemua nama yang terlibat.
Ajar mereka meminta mengikut nama yang telah diberi.
4. Libatkan item tambahan di sekitar landasan. Ini dapat meningkatkan kosa kata dan
kreativiti anak.
Sebagai contoh:
+ Pokok, hospital, pejabat pos, rumah, rumput, terowong, dan sebagainya.
Kesemua item tambahan boleh dibuat menggunakan bongkah kayu atau barangan terpakai seperti kotak dan kertas.
5. Boleh ajarkan arahan mudah semasa bermain seperti /jalan, berhenti, tunggu/.
Galakkan mereka menunggu sehingga arahan diberikan.
Sekiranya keretapi ingin bergerak, beri klu seperti "ready...set...go!"
Lihat reaksi mereka semasa menunggu arahan tamat atau sebutkan "ready.. set..." tunggu sebentar... dan biarkan mereka sambung.
Lihat reaksi mereka semasa menunggu arahan tamat atau sebutkan "ready.. set..." tunggu sebentar... dan biarkan mereka sambung.
6. Antara contoh perkataan berkaitan yang boleh digunakan adalah seperti;
a. Kata perbuatan
Semasa bermain. Semasa menyediakan
- jalan. - pasang
- Bergerak. - cabut
- Berhenti. - simpan
- Jatuh. - kemas
- Tergelincir. - bagi
- Naik. - tunggu
- Turun. - habis
- Bai-bai
- Bawa
- Sampai
- jalan. - pasang
- Bergerak. - cabut
- Berhenti. - simpan
- Jatuh. - kemas
- Tergelincir. - bagi
- Naik. - tunggu
- Turun. - habis
- Bai-bai
- Bawa
- Sampai
b. Kata adjektif
- panjang
- Pendek
- Bengkok
- Laju
- Perlahan
- Jauh
- Dekat
- Pendek
- Bengkok
- Laju
- Perlahan
- Jauh
- Dekat
** untuk belajar membuat ayat panjang, bilangan kosa kata perlu luas. Perkenalkan banyak perkataan baru untuk membantu menyambungkan perkataan.
7. Boleh bermain mengikut tema seperti:
8. musim salji (gunakan kapas),
9. tema zoo (letakkan mainan haiwan di sekitar)
10. di bandar raya (libatkan bangunan)
8. musim salji (gunakan kapas),
9. tema zoo (letakkan mainan haiwan di sekitar)
10. di bandar raya (libatkan bangunan)
.
Yang penting bermainlah dalam keadaan seronok dan mengikut apa yang anak sukakan.
Yang penting bermainlah dalam keadaan seronok dan mengikut apa yang anak sukakan.
Sasarkan beberapa perkataan sahaja setiap kali bermain, dan selebihnya gunakan pada
waktu lain pula.
Ulang bermain tidak akan membuatkan anak bosan, malah mereka akan lebih mahir dan
cekap menggunakan perkataan yang telah dipelajari.
Comments
Post a Comment