Sudah lama rasanya tidak update siri ini. Kali ini saya ingin kongsikan 1 aktiviti,
Yang mana ia bukan sahaja boleh menggalakkan kemahiran bahasa, malah boleh menjadi
alat untuk menyokong literasi awal.
Ini adalah 'BUKU PENGALAMAN SAYA'.
Cara menghasilkannya:
1. Bahan yang diperlukan:
a. Gambar bercetak
b. Ayat ringkas disertakan pada gambar.
C. Senaraikan perkataan yang penting. Libatkan pelbagai kumpulan perkataan (kata nama, perbuatan, sifat, tempat) untuk membina ayat.
a. Gambar bercetak
b. Ayat ringkas disertakan pada gambar.
C. Senaraikan perkataan yang penting. Libatkan pelbagai kumpulan perkataan (kata nama, perbuatan, sifat, tempat) untuk membina ayat.
2. Satu gambar di setiap halaman.
3. Buat lubang pada hujung gambar dan ikat gunakan gegelung. Kelebihannya, mudah jika mahu diubah atau menambah gambar lain.
4. Boleh juga gunakan album bergambar 1 halaman 1 gambar.
Apa kelebihan buku ini?
1. Anak itu sendiri adalah karaktor utama dalam buku ini. Pengalaman mereka sendiri
divisualkan. Masih ingat kali terakhir kita melihat album gambar? Seronok bukan?
2. Bahan yang bermotivasi untuk mendapatkan tumpuan bersama anak.
3. Menggalakkan komunikasi yang interaktif.
4. Anak boleh berkongsi memori mereka bersama orang lain.
5. Tidak seperti buku biasa, anak-anak lebih teruja untuk bercerita tentang pengalaman mereka sendiri. Gambar pula boleh
dijadikan sebagai bantuan untuk mendapatkan idea.
6. Gambar juga boleh dijadikan sebagai panduan bagi orang dewasa untuk faham apa yang
disampaikan anak.
7. Ayat yang dicetak dapat dipadankan dengan gambar semasa membaca. Ini dapat
memberi pendedahan awal dalam persediaan membaca.
Contohnya, anak saya yang berumur 3 tahun 7 bulan kini suka tunjuk pada perkataan semasa membaca.
Belum lagi mahir membaca, namun dia menggunakan ayat yang saya ceritakan kepadanya,
sambil menunjuk kepada tulisan, lagak seperti orang membaca.
.
.
Buku pengalaman ini sesuai digunakan untuk sesiapa sahaja termasuk anak yang
.
.
Buku pengalaman ini sesuai digunakan untuk sesiapa sahaja termasuk anak yang
mempunyai kelewatan bahasa dan autism.
Bukan setakat pengalaman, boleh juga dimulakan dengan menggunakan objek atau aktiviti kegemaran anak yang memberi motivasi kepada mereka.
Perkara yang perlu dingat:
+ pengulangan. Baca dan ceritakan berulang-ulang kali. Kebiasaannya, anak akan bawakan buku ini beberapa kali untuk kita bacakan.
Jangan jemu untuk bantu ceritakan!
+ untuk bantu anak bercerita, berikan perkataan klu dan biarkan mereka cuba hasilkan
cerita sendiri.
+ jika anak baru mula bercakap, bacakan berulang kali. Teknik menyambungkan ayat
adalah sangat membantu.
.
Sampai di sini dahulu perkongsian saya.
Sampai di sini dahulu perkongsian saya.
Selamat Mencuba!
Comments
Post a Comment