Dalam terapi pun ada sabotaj?
Ya! Tetapi...
Kita sedang bercakap tentang teknik yang digunakan untuk galakkan anak berkomunikasi.
Kadangkala ibubapa sudah pandai membaca keinginan anak tanpa mereka bertindak
memberitahu kita.
Tarik tangan, terus kita bagi apa mereka mahu.
Tunjuk dapur, terus dapat minum susu.
Atau anak-anak mudah dapatkan apa yang mereka mahu (permainan atau makanan), tanpa bantuan
orang lain.
.
.
Boleh lakukan sendiri, kenapa perlu minta tolong?
Lihat sahaja boleh terus dapat, mengapa perlu bercakap?
Di sinilah kita boleh aplikasikan teknik SABOTAJ.
Teknik ini mencipta peluang untuk berkomunikasi. Wujudkan situasi yang lebih sukar,
supaya anak perlu bekerja lebih keras untuk dapatkan apa yang mereka inginkan.
Antara contoh situasi yang boleh diwujudkan adalah seperti:
+ letakkan makanan/permainan di tempat yang sukar dicapai
+ letakkan objek kegemaran di dalam bekas bertutup
+ beri cawan kosong, tiada air
+ menukar rutin seperti beri garfu ketika makan, pakaikan stokin selepas pakai kasut
+ wujudkan halangan seperti meletakkan kerusi di hadapan kotak mainan.
+ waktu mandi, sediakan besen mandi tanpa isi air.
+ jika lihat kucing, buat bunyi ayam. Lihat reaksi anak.
.
.
.
Bagaimana teknik sabotaj dilakukan?
1. motivasi.
Benda yang terlibat dalam sabotaj perlu sesuatu yang disukai. Barulah anak-anak bermotivasi untuk berkomunikasi.
Makanan dan alat permainan adalah perkara yang paling anak-anak sukakan. Kenalpasti apa yang mereka sukakan dahulu, barulah mereka akan berusaha untuk dapatkan.
2. Tunggu dan lihat.
Beri peluang kepada anak untuk cuba berkomunikasi.
Apabila situasi terdesak telah dicipta, tunggu usaha mereka untuk mulakan komunikasi.
Perhatikan bagaimana mereka berkomunikasi dan beri tindak balas.
3. Model
Jika anak tidak guna perkataan untuk minta apa yang mereka mahu, modelkan perkataan
kepada mereka. Beri stimulasi bahasa pada waktu ini.
Sebagai contoh, jika anak menunjukkan isyarat mahu susu dengan menarik tangan kita, kita boleh katakan,
"Aaaa..SUSU. Nak SUSU!... SUSU."
Sambil tunjuk ke arah mulut, dengan tujuan mereka akan lihat bagaimana sebutan
dihasilkan. Atau letak objek di aras mulut.
Kebanyakan kanak-kanak yang lambat bertutur tidak melihat muka kita (terutama mulut) ketika komunikasi
sedang berlaku.
Tarik perhatian mereka supaya lihat ke arah muka kita.
Model bahasa juga perlu diberi mengikut perkembangan bahasa semasa anak. Berikan
stimulasi bahasa pada tahap lebih tinggi sedikit berbanding kemahiran yang mereka ada.
Sebagai contoh,
Jika anak masih tidak bercakap, boleh modelkan dengan bahasa isyarat bayi atau satu
perkataan. Jika anak sudah boleh hasilkan satu perkataan, modelkan dua perkataan dan
seterusnya.
Galakkan anak untuk 'tunjuk' jika tidak pasti apa yang mereka inginkan. Contohnya jika
anak inginkan sesuatu, katakan,
"Yang mana? TUNJUK kat ibu". Cuba elakkan daripada kita yang meneka apa yang anak
mahu.
4. Cipta situasi atau persekitaran yang agak sukar untuk dicapai.
Sebagai contoh, letakkan mainan atau makanan kegemaran di dalam bekas yang bertutup
(lutsinar agar mudah dilihat).
Ataupun letakkan di bahagian yang tidak mudah dicapai. Biarkan mereka datang ke arah
kita untuk berkomunikasi untuk dapatkan apa yang diingini.
.
.
+ situasi perlulah santai dan seronok. Kita mahu komunikasi berlaku secara semulajadi.
Anak juga perlu lihat kita sebagai 'hero' yang akan membantu mereka dalam komunikasi.
Jika situasi menjadi tegang dan dilihat anak sudah mula tidak seronok, beri sahaja dahulu.
Perlu diingat, apa-apa cara yang kita gunakan bagi menggalakkan anak untuk berkomunikasi, mulakan dengan bina HUBUNGAN dahulu.
+ raikan setiap usaha mereka. Beri ganjaran atas setiap usaha mereka.
Sekiranya didapati anak masih tidak boleh memberi perhatian bersama (hanya lihat pada
objek), beri ganjaran apabila anak berjaya lihat ke arah kita semasa meminta.
Kita perlu ada kemahiran untuk meneliti di mana tahap komunikasi anak.
.
.
.
Prinsip utama sabotaj adalah cipta peluang komunikasi, tunggu dan lihat, beri masa untuk mereka mulakan komunikasi dan modelkan.
==============================
Bagi ibubapa yang sedang mencari jalan untuk membantu anak, boleh bermula dengan
teknik ini.
Dalam sesi terapi bersama Speech Therapist, ibubapa akan dibantu dan diajar untuk
memberi stimulasi bahasa dan pertuturan yang sesuai untuk tahap kemahiran anak.
Kemahiran-kemahiran bahasa dan pertuturan anak akan dipantau dan ditingkatkan dari semasa ke
semasa sehingga berjaya mencapai target.
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment