RISAU ANAK TAK PANDAI BERCAKAP; BAGAIMANA MAHU BANTU?

MEMBANTU UNTUK MEMUDAHKAN atau MEMBANTU UNTUK MEMAJUKAN?
===========
Semakin lama anak hidup dengan kemahiran komunikasi yang terhad, semakin sukar ahli 
keluarga membantu untuk memajukan anak.
Setiap ahli keluarga sudah BERADAPTASI dengan cara komunikasinya.
Anak tersebut tidak perlu meminta atau berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Cukup hanya dengan menggunakan kemahiran yang ada.
Selebihnya, ahli keluarga boleh meneka kemahuannya dengan jaya.
Ibarat individu yang diserang stroke, katakan tangan di sebelah kirinya tidak dapat 
berfungsi.
Semakin lama ia tidak dilatih, semakin mahir dan laju tindakan tangan kanan untuk ambil 
alih peranan tangan kiri.
Jika hendak dilatih semula, proses pemulihan juga perlu fokus kepada menahan tangan 
kanan untuk tidak cepat membantu tangan kiri.
Otak perlu bekerja keras bagi mengawal tangan kanan yang seakan-akan automatik ingin menolong kerja tangan kiri.
Ini perlukan lebih usaha.
.
.
Kita perlu bekerja keras bagi mengubah cara komunikasi yang selama ini hanya fokus 
kepada memenuhi keperluan anak.
Kita perlu melalui proses mengubah tabiat respons kita terhadap cara komunikasi anak.
.
Kita individu yang paling peka terhadap perkembangan anak kita.
Kita punyai naluri yang membolehkan kita rasa anak kita tidak berada dalam julat 
perkembangan normal.
Jika dikhuatiri anak lewat bertutur, elakkan menangguh untuk mendapatkan bantuan.
Kita adalah pembantu utama anak kita.
Lebih awal kita belajar dan beradaptasi dengan cara interaksi yang betul dengan anak, lebih mudah anak dibantu untuk terus maju.


Comments