Orang yang minat sukan memanah, takkan terhibur jika diajak menonton sukan bola sepak.
Orang yang minatnya pada perhiasan rumah, takkan boleh duduk lama dengan orang yang
cakapnya asyik pasal kereta.
Orang yang suka memasak, ditanya pasal resepi memasak, diceritakannya satu-satu. Jika ada buku yang disukai, siap direkomen lagi.
Begitulah jika mahu mengajar anak bercakap. Perhatikan apa yang diminati, bercakap
tentang perkara yang diminati.
Ajar perkataan baru, berorientasikan perkara yang diminati.
Jika minat bermain kereta,
/Kereta. Kereta besar. Kereta biru. Pandu kereta. Kereta laju. Buka pintu kereta. Tayar
kereta bulat. Isi minyak kereta. Parkir kereta. Atas kereta. Bawah kereta/
Kata nama, perbuatan, tempat, adjektif, semua boleh diperkenalkan. Ini baru satu
permainan.
Rasa-rasanya mudah tak nak tingkatkan bilangan kosa kata anak?
Masih ingat lagi syarat untuk bina dan panjangkan ayat?
Ya, perlu banyakkan bilangan perkataan dahulu.
Belum boleh buat ayat?
Kita lakukan ini dahulu.
Cari aktiviti yang anak-anak minat, yang boleh buat anak berikan tumpuan lebih lama.
Berikan stimulasi bahasa.
Selamat mencuba!
SITI SARAH SAID,
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.
Comments
Post a Comment