Kita pasangan suami isteri yang bekerja. Anak kita dijaga oleh pengasuh sepanjang waktu
pejabat.
Kira-kira jam 5, kita pulang ke rumah baru ada masa sepenuhnya dengan anak.
Ada masanya anak meragam, minta perhatian. Maklumlah, seharian tidak berjumpa.
Tolak semua waktu untuk siapkan kerja di rumah, waktu untuk anak ada kira-kira 2-3 jam sebelum tidur malam.
2-3 jam ini, adalah jumlah bersih tanpa melibatkan waktu menonton TV dan
waktu rehat melepaskan lelah bekerja.
Bagi ibu bapa yang bekerja, yang punyai anak lewat bertutur, pengurusan masa adalah
sangat penting.
Anak yang mengalami kelewatan bahasa dan pertuturan, memerlukan masa yang eksklusif
bersama penjaga.
Disebabkan kekangan masa bersama anak bagi pasangan yang bekerja, dicadangkan bergilir-gilir ambil masa beraktiviti dengan anak.
Sebagai contoh,
Jika masing-masing hanya dapat beri sepenuh perhatian kepada anak selama 20 minit,
total masa eksklusif yang akan diperoleh adalah 40 minit (20 minit bersama ibu, 20 minit
bersama ayah).
.
.
.
20 minit inilah yang boleh digunakan untuk kita memerhati cara interaksi anak, klu yang
sering digunakan semasa berkomunikasi, berikan stimulasi yang bertepatan dengan potensi anak.
20 minit ini, tanpa gangguan TV, gajet dan sebagainya.
Bolehkah ibu bapa yang bekerja membantu anak yang lewat bertutur?
Ya, kita juga pasti boleh. Dapatkan cara pengurusan masa yang paling ideal, yang sesuai dengan keluarga kecil kita.
SITI SARAH SAID,
SPEECH LANGUAGE THERAPIST.
Comments
Post a Comment