"PAPA, SAYA BERJAYA!"


Anak yang masih tidak boleh bercakap, tidak menguasai kemahiran komunikasi, banyak 
puncanya.
Mari kita perhatikan apa yang berlaku semasa kita sedang berbual dengan seseorang.
.
Ketika kita mendengar, kita lihat muka orang yang bercakap. Kita tumpukan perhatian 
terhadap apa yang disampaikan.
Kita tunggu sehingga ayat akhirnya selesai.
Kemudian kita menyambung perbualan.
Sama ada kita memberi soalan seterusnya, menjawab soalan atau memberi pendapat, kita 
masih kekalkan topik yang sama.
Sesekali tukar topik cerita, kita masih boleh ikut rentak perbualan.
Adakalanya, suara kawan kita semakin tenggelam apabila bercampur dengan bunyi di 
persekitaran.
Secara automatik kita cuba memposisikan telinga kita ke arah lebih dekat dengannya.
Kita masih boleh tumpu dan perbualan masih berlaku dengan lancar walaupun wujud 
gangguan bunyi di sekeliling.
Dalam perbualan tadi, mesej dapat disampaikan. Pendengar dapat faham dan memberi 
respons semula.
.
.
Inilah perkara yang berlaku setiap kali berlakunya komunikasi.
Apa kemahiran yang kita gunakan untuk mewujudkan komunikasi berkesan di atas?
1. MEMBERI TUMPUAN kepada pihak yang bercakap.
2. MENDENGAR mesej yang disampaikan.
3. Wujudkan EYE-CONTACT supaya pasangan komunikasi tahu kita sedang mendengar. Kemahiran ini juga 
membantu kita fokus kepada apa yang disampaikan.
4. MENUNGGU/MENGAMBIL GILIRAN untuk bercakap.
Bagaimana jika komunikasi ini berlaku menggunakan bahasa yang kita kurang arif?
Kita perlu tumpukan perhatian, mendengar, faham, ingat dan juga meniru sebutan yang 
betul supaya kita dapat jadi penutur yang baik.
.
.
Adakah ini proses yang mudah?
Sudah tentu tidak. Ia suatu proses yang kompleks.
Proses komunikasi dan pembelajaran bahasa, mungkin dipelajari secara semulajadi bagi 
sesetengah individu.
Sesetengahnya pula memerlukan bantuan untuk menguasai kemahiran berkomunikasi.
.
.
Cuba pula perhatikan anak kita yang masih belum boleh mengeluarkan perkataan.
Sudahkah mereka menguasai kemahiran ini?
Di manakah tahap mereka?
.
Berita baiknya, kesemua kemahiran ini dapat ditingkatkan dengan latihan yang sesuai dan 
teknik yang betul daripada Speech-Language Therapist.
Bukankah kita mahu anak kita diterima kawan dan boleh berinteraksi dengan orang di 
sekeliling mereka?
Paling tidak, tentu kita mahu dengar anak panggil "mama" atau "papa" untuk tunjuk lego 
yang mereka bina.
"Lihat, saya berjaya bina jambatan!"
Senyuman kejayaan ini yang kita mahu rasa.
Anak lambat bercakap, bertindak segera.
Kitalah HERO sebeanr mereka.

Comments