MUDAH RASA BOSAN BILA BERMAIN DENGAN ANAK? INI TIP ATASINYA.


"Bila expert cadangkan untuk bermain dengan anak, saya pun luangkan juga masa bermain dengan anak.
Namun, tak nampak lagi hasilnya. Waktu bermain, anak lebih suka main sendiri. Tak 
mahu orang lain ganggu."
"Bagaimana cara yang betul untuk bermain dengan anak?"
.
Sebenarnya, tiada manual. Tiada betul atau salah. Semua cara boleh jadi betul.
Namun, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Adakah kita menjadi 'rakan' yang menyokong, atau hanya perhatikan dan tegur anak 
apabila anak lakukan kesalahan?
2. Adakah kita terlalu banyak mengarah dan mengajar semasa bermain?
3. Adakah kita cuba wujudkan peluang untuk mereka belajar sesuatu semasa bermain?
4. Adakah kita sentiasa tingkatkan cabaran semasa bermain (kemahiran berfikir, 
pengawalan motor, komunikasi dll) dari semasa ke semasa?

Dalam sesi terapi, inilah antara perkara yang dititikberatkan.
Speech Therapist akan berkongsi cara bermain dan berinteraksi supaya ibu bapa dapat 
membantu anak belajar di luar sesi.
Ini antara perkara asas yang perlu dipraktikkan ketika bermain bersama anak:

1. Perhatikan apa yang anak sedang lakukan, sertai mereka.
Sertai apa yang mereka soronok untuk lakukan, lihat atau rasa.
Otak kita akan lebih bersedia untuk belajar dalam keadaan yang seronok dan teruja.

2. Latih anak untuk mengambil giliran.
Kemahiran ini sangat penting untuk perkembangan sosial dan komunikasi.
Ini antara teknik yang boleh digunakan untuk melatih kemahiran mengambil giliran:
+ gunakan ekspresi muka ketika kita berhenti seketika, sebagai signal yang kita sedang 
menanti respons.
+ kekalkan tumpuan mata dan beri masa (tunggu), membuat gerak isyarat atau bertanya 
soalan.
Dengan adanya kemahiran ini, lebih banyak peluang untuk kita ajarkan sesuatu kepada 
anak ketika bermain.
Menunggu giliran membolehkan mereka memerhati dan meniru rakan sepermainan.

3. Modelkan bahasa dan panjangkan ayat.
Ini pentingnya keterlibatan orang dewasa. Gunakan perkataan baru, tambahkan kosa kata 
dengan menggunakannya semasa bermain.
Kita juga dapat memodelkan struktur ayat yang betul dan memanjangkan ayat yang anak 
hasilkan.

4. Main permainan yang sama berulang kali.
Mungkin kita rasa bosan untuk bermain benda yang sama setiap kali, tapi tidak bagi anak-anak.
Pengulangan menguatkan kemahiran yang sedia ada.
Perkara yang dilakukan berulang kali memberi peluang kepada minda untuk lebih kuat 
berhubung dan membina jaringan baru.
Ambil peluang ini untuk mantapkan penggukaan perkataan baru semasa bermain benda 
yang sama.
Sehingga anak boleh gunakan semula secara spontan.
.
.
Sememangnya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Namun kita boleh menguasainya dengan latihan.
Dan..
Inilah pengorbanan yang berbaloi.
Anak-anak inilah saham kita!

SITI SARAH SAID,
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.

Comments