Apabila kanak-kanak belajar sesuatu perkara pada pertama kali, sel-sel otaknya
akan saling berhubung, membina laluan saraf.
akan saling berhubung, membina laluan saraf.
Jika pengalaman itu diulang, semakin
kukuh laluannya terbina.
kukuh laluannya terbina.
Seperti mendaki bukit, laluannya perlu diteroka kali pertama.
Apabila jalan yang sama diguna untuk mendaki berulang kali, perjalanan akan menjadi
lebih mudah. Malah lebih mahir kita menggunakan laluan itu.
Namun jika kita tidak lagi mendaki selepas kali pertama, laluan yang diteroka tadi akan
hilang. Rumput dan pohon-pohon akan menutupi laluan tadi semula.
Perkara yang sama berlaku pada laluan saraf di dalam otak kita. Jika aktiviti atau
pengalaman tidak diulang, perhubungan saraf yang terbina tadi akan dibuang.
Ini bermakna, pada tahun pertama kelahiran,
akan ada laluan saraf yang hilang, jika otak
percaya ia tidak diperlukan.
akan ada laluan saraf yang hilang, jika otak
percaya ia tidak diperlukan.
Yang mana tidak digunakan dan tidak diberi rangsangan, akan hilang.
Bagi kanak-kanak yang berpeluang membina laluan saraf dengan latihan berulangkali, suatu kemahiran itu akan semakin kuat dan terus berkembang.
Bagi kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan, saraf mereka terhubung dengan cara yang 'lain'.
Mereka akan mengalami kesukaran untuk belajar berkomunikasi, kemahiran sosial dan
kemahiran-kemahiran lain.
Lihat semula kisah pendaki bukit. Jika dia tidak dapat menggunakan laluan yang sama
dengan orang lain, apa yang perlu dibuat untuk sampai ke destinasi?
Ubah laluan. Teroka laluan baru.
Ini mungkin akan memberi cabaran dan memakan masa.
Namun, dengan latihan, otak berupaya membina laluan baru yang lebih membantu dan
boleh berfungsi dengan lebih baik.
Proses ini bergantung pada rangka masa. Lebih awal cara baru dipelajari, lebih mudah
untuk otak membina jaringan saraf yang baru.
Dikatakan tahun-tahun pertama tumbesaran anak, peratusan saraf di otak untuk berhubung adalah
50 peratus lebih mudah berbanding usia kanak-kanak 6 tahun ke atas.
Inilah pentingnya untuk kita tahu cara yang betul dan kekerapan intervensi awal.
Jika kita tahu kemahiran yang tidak dikuasai anak lagi, latihan yang sesuai boleh diprogramkan.
Ini dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa, sosial dan sebagainya, pada waktu
kritikal sel otak aktif berhubung.
.
.
Jika tidak boleh guna jalan A, cari jalan B,C atau D.
.
Jika tidak boleh guna jalan A, cari jalan B,C atau D.
Jalan apa yang digunakan, tidak kisah. Asalkan akhirnya sampai destinasi. Yang penting,
CARI JALAN.
Jika didapati anak mengalami masalah lewat bercakap, terus dapatkan bantuan
Speech Therapist. Lebih awal, lebih mudah dibantu.
Siti Sarah Said
Speech Therapist.
Speech Therapist.
Comments
Post a Comment