Dunia hari ini, dunia digital.
Mana mungkin kita dapat menolak peranan teknologi dalam kehidupan kita.
Termasuklah pendedahan skrin terhadap anak-anak. TV, gajet dan sebagainya.
Lihat sahaja bagaimana rata-rata anak berusia 2 tahun begitu khusyuk menonton Didi & Friends.
.
Namun, walaupun gajet banyak beri kesan buruk pada anak, tapi kalau digunakan untuk
kebaikan dan dalam keadaan terkawal ia akan memberi nilai positif dalam perkembangan
bahasa dan pertuturan anak.
Bagaimana?
1. Jika anak tonton 20 video lagu, ibubapa perlu tahu dan hafal sekurang-kurangnya 10 lagu. Jika lebih, lagi bagus.
Bukan setakat hafal, ibubapa perlu tahu nyanyikan lagu dengan penyampaian
yang menarik dan mencuit hati.
Ini bagi menarik perhatian anak untuk terlibat sama.
2. Digalakkan turut serta sewaktu anak melihat gajet dan libatkan interaksi.
3. Kaitkan semua perkataan dalam lagu dalam aktiviti harian. Gunakan perkataan yang
ada dalam lagu dalam semua situasi.
4. Apabila bersama anak, nyanyikan semula dengan kadar yang lambat sedikit, dan sebutan yang jelas supaya mereka dapat belajar menyebut perkataan dengan betul.
5. Ceritakan mengenai nilai murni yang terkandung dalam video atau cerita yang ditonton. Berikan contoh bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian anak.
.
.
Ideanya, tukarkan aktiviti itu sebagai aktiviti yang kaya dengan rangsangan bahasa.
Paling penting, aktiviti seperti ini dapat membina semula hubungan anak dengan ibubapa.
Ketahuilah, anak kecil dilahirkan ke dunia dengan fitrah untuk belajar daripada
hubungan
dengan orang sekeliling.
Jika kita tidak dapat mengubah sesuatu, ubahlah cara kita supaya lebih banyak mudarat
dapat ditukar kepada manfaat.
InsyaAllah.
Siti Sarah Said
Speech-Language Therapist juga ada senarai lagu yang perlu dihafal untuk
digunakan dalam terapi.
Comments
Post a Comment