Masuk raya ke 12 hari ini. Rasanya masih meriah lagi raya kita, kan?
Bila bercakap tentang musim perayaan, ia adalah tentang keluarga, persiapan raya, tetamu, kawan-kawan, jamuan raya dsb.
Bila jumpa semula sanak saudara dan kawan kawan, macam-macam topik yang dibualkan. Tahu-tahu sudah malam!
Sama ada kita perasan atau tidak, kita dihubungkan oleh satu ikatan, KOMUNIKASI.
Komunikasi membina hubungan. Bahasa yang kita kongsi, menyatukan hati.
Ini yang perlu kita pertimbangkan jika mahu ajar anak bercakap.
Seringkali, kita terperangkap dalam situasi yang bersifat 'bilik darjah'.
Kita mahu ajar anak bercakap, sehingga bila kita dekat dengan anak, anak cuba larikan diri.
Ada anak yang sudah mula 'membebel' ketika bermain, bila kita mula bercakap, anak kunci mulut.
Perhatikan jika anak-anak tunjukkan ciri-ciri seperti berikut:
1. Bila diminta cakap, anak terus kunci mulut.
2. Bila nak ajar cakap, anak terus palingkan muka.
3. Kadang-kadang anak ada keluarkan perkataan. Bila diminta ulang, memang takkan dapat.
4. Tak suka bila kita 'kacau' mereka bermain.
2. Bila nak ajar cakap, anak terus palingkan muka.
3. Kadang-kadang anak ada keluarkan perkataan. Bila diminta ulang, memang takkan dapat.
4. Tak suka bila kita 'kacau' mereka bermain.
Jika ada ciri-ciri di atas, lihat semula cara kita berinteraksi dengan anak.
+ adakah kita lebih banyak menguji (banyak bertanya) semasa berinteraksi dengan anak?
+ ajar anak bercakap pada masa-masa tertentu sahaja?
+ skrin (tv atau gajet) sebagai alat untuk anak belajar bercakap?
Perkara-perkara di atas akan buatkan anak tidak faham kepentingan dan
keseronokan berkomunikasi.
Sebenarnya, ada beberapa perkara mudah yang kita boleh lakukan untuk anak-anak belajar berkomunikasi. Antaranya:
1. 'Slow down'. Lihat, perhatikan dan dengar apa yang anak cuba sampaikan.
2. Respons terus kepada sebarang 'gestures' atau bunyi yang anak hasilkan. Langkah ini
PENTING. Ini yang buatkan anak terus mahu bereksperimen untuk berkomunikasi dengan cara mereka.
3. Wujudkan interaksi di mana-mana sahaja. Bukan hanya waktu anak bermain. Ini akan membantu anak faham
kepentingan belajar berkomunikasi.
4. Bila berinteraksi, elakkan soalan. Terangkan, ceritakan, komen tentang apa yang berlaku. Anak tidak mahu tiru lagi, tak mengapa. Beri masa.
Inilah masanya untuk kita berikan rangsangan bahasa. Mereka akan belajar mendengar,
proses dan fahamkan apa yang didengar berulang-ulang kali.
Yang penting, anak 'enjoy' ketika interaksi berlaku. Sama seperti kita 'enjoy' ketika berbual
dengan orang lain.
SITI SARAH SAID,
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.
Comments
Post a Comment