Masa kali pertama bergelar ibu, semua perkara saya buat untuk anak sebab teruja.
Seronok nak eksperimen semua benda. Terutama untuk ajar anak bercakap.
Namun,
masuk anak kedua, masa bersama tak banyak lagi berbanding anak pertama. Separuh masa perlu dibahagikan dengan kakak.
Kadang-kadang, ada hari yang tak ada masa sendiri bersama si adik.
Tapi, dalam banyak-banyak aktiviti, aktiviti membaca buku bersama yang akan saya cuba sempatkan setiap hari.
Memang bila dah masuk anak kedua akan ada rasa 'malas' sedikit. Saya perlu paksakan diri
juga untuk lakukannya.
Seingat saya, pengalaman bersama klien-klien yang punyai masalah lambat bercakap, serta pengalaman membesarkan anak sendiri, aktiviti bacakan buku kepada anak sangat membantu perkembangan kosa kata mereka.
.
.
.
.
Sekarang, buku kegemaran Lily Hasya (1 tahun 10 bulan) adalah Little Red Riding Hood.
Suka betul saya lihat reaksinya bila sampai part Big Bad Wolf nak makan grandma.
"Adik kut..." (adik takut) dengan suara separuh keluar.
Cerita tak habis di buku. Waktu jalan-jalan, nampak orang pakai baju atau tudung merah, saya akan kaitkan dengan cerita
Red Riding Hood.
Waktu makan, saya akan bercerita lagi bahagian-bahagian saspens. Sengaja nak 'pancing' bagi makanan habis. Berkesan! Saya bulat-bulatkan nasi,
"Ini Bad Wolf. Makan Bad Wolf!"
Nyumm!
Semangat dia mengunyah!
Bila buat baik, saya puji baik macam Red Riding Hood. Sebab dia ziarah nenek yang sakit
dan bawakan bekal untuk nenek.
Selain bantu tambah kosa kata, saya tak kering idea nak berborak dengan mereka. Bila tak
tahu apa nak borak, sambil-sambil duduk diriba pun masih boleh berkongsi cerita tentang buku kegemarannya.
Bila dah hari-hari baca benda yang sama, buku tak perlu ada di tangan pun boleh hafal!
Paling penting, saya sedang latih memorinya. Bila saya bercerita tanpa buku, saya lihat
mukanya, matanya yang tidak berkelip.
Jelas seperti sedang membayangkan apa yang terjadi. Sekali-sekala saya minta dia ramalkan apa yang terjadi. Inilah masa untuk dia menggunakan
otaknya untuk berfikir!
Apa buku kegemaran anak tuan dan puan?
Jika belum pernah buat, mari cuba buat sama-sama. MASA kita yang tak terbeli, ada sebahagiannya untuk mereka sewaktu mereka
membesar.
SITI SARAH SAID
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.
Comments
Post a Comment