BAHAGIAN 2 -
Kisah Pelayan Restoran dan Anak Kecil.
Kisah Pelayan Restoran dan Anak Kecil.
Masih ingat kisah ini? (Rujuk sini untuk bahagian satu)
Ini bahagian kupasannya:
TIPS PRAKTIKAL UNTUK MENDAPATKAN TUMPUAN BERSAMA ANAK.
1. Perhatikan apa yang sedang anak lakukan.
==> bayi tepuk meja.
==> bayi tepuk meja.
2. Biarkan mereka menjadi 'perancang' dalam aktiviti. Masuk ke dalam dunia mereka, tanpa mengubah aktiviti.
==> Pelayan restoran turut serta menepuk meja).
==> Pelayan restoran turut serta menepuk meja).
Sekiranya anak suka bermain objek, cari cara yang kreatif untuk bermain dengan objek atau permainan tersebut.
3. Tiru apa yang mereka lakukan (mimik muka, gerakan badan, aksi).
==> aksi menepuk meja ditiru dan menunjukkan ekspresi muka yang mengujakan.
==> aksi menepuk meja ditiru dan menunjukkan ekspresi muka yang mengujakan.
4. Labelkan dan bercakap mengenai perbuatan atau objek yang terlibat.
==> contoh perkataan cadangan: "tepuk", "tepuk meja", "saya tepuk", "awak tepuk".
==> contoh perkataan cadangan: "tepuk", "tepuk meja", "saya tepuk", "awak tepuk".
5. Berikan ganjaran untuk setiap responsnya, walaupun sedikit.
Ganjaran yang paling mudah adalah secara verbal (pujian). Kata-kata mungkin sukar diertikan, sertakan dengan ekspresi muka tanda meraikan.
Secara berperingkat, tingkatkan tumpuan bersama anak.
PERINGATAN: Tips ini juga sesuai digunakan bagi anak yang sukar respon pada panggilan,
atau tidak peka dengan sekelilingnya).
Selamat mencuba!
SITI SARAH SAID,
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.
Comments
Post a Comment