KUNCI INTERAKSI: BAGAIMANA MAHU TINGKATKAN TAHAP KOMUNIKASI ANAK

Baru-baru ini, saya berkesempatan bertemu dengan rakan Therapist saya.
Antara topik yang menarik perhatian kami adalah,
Bagaimana mahu jadikan proses komunikasi ini sebagai sesuatu yang bermakna buat anak, dan juga parents.
Bagaimana untuk mengekalkan motivasi parents dalam membantu anak berkomunikasi?
Bagi anak-anak yang lewat bercakap, proses ini kadang kala kelihatan sukar. 
Ada kalanya, boleh mengundang rasa putus asa dan hilang harapan.
Terutama bagi kanak-kanak yang didiagnos autisme.
Perkembangan komunikasi, bahasa dan pertuturan adalah proses yang kompleks.
Dalam perbualan, kami berkongsi pengalaman dan kerisauan parents apabila bercakap 
tentang masa depan anak mereka.
Pelbagai teknik kami kongsikan bersama bagi membantu klien kami.
Sehingga satu peringkat,
Timbul persoalan, apa sebenarnya kunci kepada interaksi dua hala?
Jika anda sudah membaca sehingga saat ini, teruskan membaca perkongsian ini.
Persoalan ini akan membantu anda mencari jalan mudah bagi MEMBANTU 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANAK.
Apa sebenarnya pencetus kepada komunikasi dua hala?
.
.
Keinginan, perkongsian pengalaman dan emosi.
Ini adalah kunci.
Baik, saya beri contoh mudah,
Kita cuba geletek anak. Atau cuba buat gelagat yang lucu, tentu mereka tertawa. Kemudian, kita ulang lagi perkara yang sama. Mereka ketawa lagi. Kemudian, apa yang boleh kita jangkakan?
Ya, mereka akan menanti aksi yang sama seterusnya. Mereka sukakan aksi itu, mereka 
seronok. Ini buatkan mereka mahu lagi.
Apa yang berlaku ketika ini?
Tumpuan bersama. Orang dewasa masuk kedalam dunia kanak-kanak ini tadi dan berjaya berkongsi pengalaman yang menyeronokkan (emosi). Mereka 
mahu lagi dan berusaha untuk kekalkan keseronokan berulang-ulang kali.
Ini yang akan mencetuskan interaksi.
Jika saya boleh buatkan 1 aliran yang memudahkan tuan dan puan faham apa yang terjadi:
1. Anak suka digeletek (kegemaran anak).
2. Orang dewasa lakukan perkara yang anak sukai (diterima masuk ke dalam dunia mereka).
3. Wujud tumpuan bersama. Sama2 suka dan fokus kepada perkara yang sama.
4. Wujud perkongsian pengalaman. Anak seronok lakukan perkara yang disukai, beri perhatian kepada orang dewasa yang lakukan perkara yang disukainya.
6. Anak rasa seronok, dan mahu lagi. Tercetusnya interaksi.
Baik. Kita pergi dalam lagi.
Bagaimana mahu cipta situasi ini?
1. Ikut rentak anak. Perhatikan apa yang mereka buat dan sukai.
Perkara yang mereka sukai, tentunya memberi motivasi kepada mereka.
Bermula dari 'zon selesa', dapat mengajar anak rasa selamat berkongsi pengalaman.
2. Libatkan diri dalam dunia mereka pada ketika itu. Dengan ini, anak belajar rasa seronok berkongsi pengalaman dan berinteraksi.
Tip semasa berinteraksi:
+ duduk berhadapan dengan anak dan cari aras mata anak.
+ lakukan ekspresi muka yang beranimasi.
+ libatkan pergerakan untuk menarik perhatian.
*** sebaiknya, pilih aktiviti yang tidak menggunakan sebarang alat (pergerakan, lompat 
bersama, geletek, dll). Ibu bapa adalah elemen utama yang mengawal 'keseronokan'. Jadi, 
anak akan sentiasa rujuk kepada kita untuk mendapatkan keseronokan.
Masih ingat lagi kali terakhir anak belajar perkara baru? Bagaimana keadaan anak pada 
ketika itu?
Sudah tentu dalam keadaan selesa, seronok yang dikongsi dan selamat.
Bagaimana pula dengan kanak-kanak autisme?
Dikatakan, kanak-kanak ini paling sukar berkongsi emosi.
Sensitiviti sensori menjadikan mereka takut, ingin menolak dan rasa celaru untuk berkongsi emosi. Ini memberi kesan kepada perkembangan sosial dan emosi.
.
Gunakan cara ini bagi membantu mereka untuk memahami nilai interaksi.
Inilah pintu untuk perkembangan interaksi, sosial dan emosi.
.
.
Rasanya, sudah dalam isu ini dikupas. Apa sebenarnya yang kami sebagai Speech Therapist inginkan?
HARAPAN.
Kami mahu ibu bapa merasai harapan. Harapan inilah yang akan buatkan kita untuk terus 
berjalan.
Terlalu banyak perkara untuk fokus, akan buatkan ibu bapa 'lost', 
kadang-kadang rasa putus asa.
Mulakan dari sini. Di saat anak memberi signal membenarkan kita berkongsi pengalaman dan emosi, di sinilah bermulanya kejayaan.

Comments