Ada masa yang singkat dengan anak, perhatikan perkara-perkata berikut ketika berinteraksi dengan mereka:
1. Kenali faktor yang menjadi penghalang kepada komunikasi berkesan. Contohnya bunyi
persekitaran (TV), pilihan permainan yang banyak di sekeliling, dan sebagainya.
2. Teliti waktu makan dan tidur anak. Ini antara faktor yang mempengaruhi 'mood' anak.
Proses pembelajaran (baca: bermain) perlu berlaku ketika sistem badan anak paling
optimum.
3. Jika kebanyakan masa banyak dihabiskan dengan bergelut bagi memenuhi kehendaknya
(menonton TV dan gajet sepanjang masa), fokus kepada pembentukan tingkah laku dahulu.
Konsisten dengan peraturan, jika waktu malam tiada TV atau gajet, setiap hari perlu begitu.
Peraturan ini perlu diaplikasikan oleh seluruh ahli keluarga. Bukan hanya dengan ibu, atau hanya dengan ayah sahaja.
.
.
.
.
.
.
Ini antara contoh yang perlu kita titikberatkan jika mahu menjadi pasangan komunikasi
yang berkesan bagi anak.
Jika didapati anak menunjukkan ciri-ciri kelewatan bahasa dan pertuturan, dapatkan bantuan Speech Therapist secepat mungkin.
Banyak strategi dan ilmu yang akan dikongsikan supaya ibu bapa boleh membantu anak berkomunikasi dengan lebih efektif.
Comments
Post a Comment