BERMAIN OLOK-OLOK'
Pernah suatu hari saya perhatikan dari jauh puteri-puteri saya bermain.
Si kakak seolah-olah memegang watak 'abah', duduk di dalam kotak kelihatan seperti
memandu kereta.
Adik diarahkannya menjadi seorang anak yang sudah bersekolah.
Bila mahu bawa 'anak' ke sekolah, 'anak' tidak mahu bekerjasama.
Adik sebagai 'anak', ke hulu ke hilir pula mencari mainan lain sehingga terjumpa sebuah
kotak kecil berisi guli batu. Dibelek-belek dan dimasukkan pula satu-satu ke dalam beg yang digalasnya.
Kakak masih sebagai 'abah' tak putus-putus membunyikan hon, beri isyarat perlu masuk
kereta.
Lama adik tidak peduli, kakak jadi bosan.
Akhirnya diubat plot cerita, bermain olok-olok seperti sedang 'shopping' barang di pasar raya, sambil menjengketkan kaki.
Kononnya memakai kasut tinggi.
.
.
.
.
.
.
Ya, Mereka sedang bermain. Tetapi pada peringkat yang berlainan.
Adik baru berusia setahun 4 bulan, walaupun sudah mula pandai berimaginasi, namun
kebanyakan masa masih meneroka benda baru. Masih belajar guna alat dengan fungsi yang betul, kadang-kala mula berimaginasi memasak sesuatu di dalam kuali yang kosong.
Berbanding kakak, usia sudah mencecah 3 tahun 5 bulan. Gaya bermain lebih 'advance',
menggunakan imaginasi sepenuhnya untuk menimbulkan keseronokan.
Membawa watak berbeza dan permainan ada peraturan tersendiri.
Ini dinamakan BERMAIN OLOK-OLOK.
Ia bermula seawal 2 tahun. Bermain olok-olok menggunakan imaginasi. Ini bererti apabila kita lihat kanak-kanak bermain, kita tahu apa yang sedang mereka fikirkan.
Ada beberapa klu penting yang diaplikasikan semasa kanak-kanak bermain olok-olok:
+ sebuah objek digunakan untuk disimbolkan (digambarkan) sebagai objek yang lain.
Contohnya, kertas digulung menjadi bentuk kon dan dijadikan sebagai aiskrim atau sebuah kotak dijadikan sebagai katil anak patung.
Contohnya, kertas digulung menjadi bentuk kon dan dijadikan sebagai aiskrim atau sebuah kotak dijadikan sebagai katil anak patung.
+ memberi 'karaktor' kepada objek. Contohnya meniup pizza mainan yang dikatakan masih panas atau memujuk anak patung yang sedang nangis.
+ membayangkan objek yang tidak wujud. Contohnya sedang memandu kereta dengan
menggerakkan tangan sahaja tanpa objek atau aksi sedang melawan karaktor jahat.
Jadi, anda mesti terfikir,
Apakah perkaitan antara kemahiran bermain ini dengan perkembangan bahasa dan
pertuturan?
Jika kita lihat, perkataan itu sendiri adalah simbol.
Perkataan adalah simbol yang mewakili objek, orang, situasi, emosi yang pelbagai, keadaan
fizikal (sakit, lemah dan sebagainya).
Contohnya perkataan 'kerusi'. Tidak ada langsung gambaran daripada perkataan 'kerusi',
yang mewakili sifat atau bentuknya, tapi kita boleh terima 'kerusi' itu adalah tempat duduk. Objek itu disimbolkan sebagai 'kerusi'.
Di sinilah dikatakan kemahiran bermain olok-olok akan menjadi penanda aras kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.
Secara 'big picture', ada beberapa sebab mengapa bermain olok-olok perlu digalakkan:
1. Supaya kanak-kanak boleh berlatih menggunakan simbol.
2. Untuk meningkatkan pemikiran imaginasi dan penerokaan.
3. Mengasah pemikiran abstrak.
4. Menyelesaikan masalah.
5. terdedah kepada banyak perkataan baru.
6. Membina kemahiran sosial apabila mereka bermain dengan orang lain.
7. Memegang watak orang lain, justeru mereka akan belajar mengenai perspektif orang lain.
8. Mengasah kemahiran kepimpinan.
9. Meningkatkan keyakinan diri.
Bagaimana pula perkaitan antara bermain olok-olok dengan kemahiran kognitif?
Sepertimana yang kita ketahui, kemahiran kognitif sangat mempengaruhi perkembangan bahasa dan pertuturan.
Apabila dikatakan kanak-kanak menggunakan kemahiran kognitif, mereka akan:
+ berfikir
+ belajar untuk memproses apa yang didengar
+ mengingati peristiwa
+ memberi tumpuan
+ merancang plan seterusnya
+ berfikir
+ belajar untuk memproses apa yang didengar
+ mengingati peristiwa
+ memberi tumpuan
+ merancang plan seterusnya
Semasa bermain olok-olok mereka menggunakan kesemua komponen yang terlibat
dalam kemahiran kognitif.
Oleh itu, apabila kanak-kanak terlibat dalam permainan olok-olok, ini membuktikan bahawa kemahiran kognitif mereka sedang berkembang!
Menurut kajian, kanak-kanak 'autism' kurang terlibat dalam aktiviti seperti ini.
Kemahiran bermain mereka juga lebih kepada peringkat awal, seperti yang telah dinyatakan di atas.
.
.
.
.
Konklusinya, bermain olok-olok adalah sangat penting bagi membina kemahiran kognitif,
.
.
.
Konklusinya, bermain olok-olok adalah sangat penting bagi membina kemahiran kognitif,
justeru menyokong perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak.
Kemahiran bermain juga mempunyai peringkat tertentu. Keupayaan kanak-kanak menguasai kemahiran bermain sangat bergantung pada tahap dan cara otak mereka
berfikir.
Saya berharap sedikit penerangan ini dapat membantu anda untuk memahami apa yang
sedang berlaku kepada perkembangan bermain anak anda.
Jika dikhuatiri ada 'kelainan' pada perkembangan bermain mereka, dapatkan bantuan
daripada pasukan professional.
Comments
Post a Comment