INTERAKSI YANG MEMBANTU ANAK


Menurut kajian, kanak-kanak akan faham lebih awal sebelum mereka boleh bertutur.
Kira-kira usia setahun, kebanyakan kanak-kanak mula mengeluarkan perkataan pertama. 
Ada juga yang lewat sedikit.
Ini adalah saat yang ditunggu-tunggu.
Koordinasi otot-otot pada bahagian mulut semakin baik, anak-anak boleh meniru macam-macam bunyi dan perkataan.
"Bubur. Apa dia? Cuba sebut, BUBUR."
Anak, "bo."
.
"Bunga. Apa ni? Bunga. Cuba sebut, bunga."
Apabila ditiru, rasa teruja ibubapa bukan kepalang! Macam-macam bunyi, perkataan diminta sebut. 
Ada yang anak sebut semula, ada yang tak diendahkan.
.
.
Namun,
adakah cara ini membantu anak meningkatkan kemahiran bahasanya?
Anak-anak mungkin boleh sebut perkataan yang kita sebut, 
namun adakah mereka faham apa yang disebut?
Adakah dengan cara meminta tiru sebutan membantu anak belajar berkomunikasi?
Ini namanya kaedah 'drilling'.
Mengajar sebutan tanpa melibatkan kefahaman.
Dengar, ingat, sebut. Kemungkinan besar, mereka tidak faham apa yang disebut.
Tidak faham, maka ia tidak akan digunakan. Tidak akan disimpan di dalam kamus minda 
mereka.
Ini satu kerugian.
Cara terbaik, perlu lalui peringkat kefahaman.
Ada cara yang kita boleh gunakan, untuk tingkatkan kosa kata anak. Mereka mendengar, 
ingat, FAHAM, sebut dan digunakan semula untuk berkomunikasi.
Mahu tahu?
Saya kongsikan di sini'

SITI SARAH SAID,
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.


Comments