Hannah Jasmin, kini 4 tahun 3 bulan.
Banyak yang saya belajar bagi membesarkan puteri seorang ini.
4 bulan pertama kelahirannya sangat memcabar. Susah mahu tidur, bila tidur senang sangat pula terjaga.
Bila sudah mula makan, semua jenis makanan ditolak. Apalagi makanan yang ada rasa yang kuat.
Mujur juga dalam bidang Speech Therapy ada cara untuk menangani masalah makan untuk kanak-kanak. Perlahan-lahan sehinggalah pada umur 1 tahun setengah dia mulai 'enjoy' dengan makanan.
Boleh dikatakan semua sensorinya bertindak sangat reaktif pada rangsangan. Hidungnya
cepat menghidu sesuatu, telinganya cepat menangkap bunyi yang orang lain tidak hiraukan. Beliau sangat terganggu jika bunyi bising dan kuat.
Penggeli. Baju basah sikit sudah tidak selesa. Pergi ke pantai apa lagi, langsung tidak
bergerak kerana geli akan pasir. Belum lagi lihat ombak. 'Ball pool' di taman permainan juga baginya seperti lautan yang luas. Dia langsung rasa tidak selamat.
Emosinya sangat sensitif. Sangat mudah dipengaruhi oleh faktor luaran.
Saya gunakan segala kemahiran saya untuk membantu, dengan bantuan dan sokongan daripada suami. Pun begitu, tetaplah jauh di sudut hati seorang ibu, adakalanya saya kuat,
adakalanya saya tewas dengan emosi. Perjuangan yang besar saya kira, pada waktu itu.
Saya perlu positif. Saya cuba cari kekuatan dia. Disebabkan sensorinya sangat sensitif,
Hannah menjadi seorang yang sangat 'attentive'. Mudah diajar, tapi perlu sesuaikan dengan keadaannya. Perlu tahu situasi yang paling sesuai untuk dia lebih fokus.
Oleh kerana emosinya lebih sensitif, saya gunakan 'kelebihan' itu untuk mengajar beliau
mengenal emosi. Belajar tentang simpati dan empati. Hannah juga dapat membaca emosi
orang sekelilingnya, jadi agak mudah untuk saya mengajar tentang tingkahlaku kepadanya.
Pengalaman berharga sebegini, sangat membantu saya memahami apa yang dilalui oleh
klien dan penjaga mereka. Ya, mungkin situasi berbeza, tapi pada ketika dan waktu itu, kita melalui jalan yang sama.
.
.
.
.
.
Setiap anak itu unik. Bergantung pada cara kita melihat mereka. Jika ada kekurangan, pasti ada kelebihan. Jadikan kelebihan yang ada itu untuk melihat potensi anak.
Hannah Jasmin,
Kini lebih berani. Semoga terus berjaya, dunia dan akhirat. Amin.
Kini lebih berani. Semoga terus berjaya, dunia dan akhirat. Amin.
Comments
Post a Comment