Hannah Jasmin (3 tahun 8 bulan) Kalau menangis marah atau bergaduh dengan adik,
menjerit semahunya.
Sakit telinga dengar kadang-kadang sampai kena urut dada.
Suatu hari selepas puas menangis, dia bersuara. Dalam sedu,
"Ibu, Hannah pun ada perasaan. Hannah ada cara nak sakitkan orang juga. Hannah boleh
menjerit. Biar orang sakit telinga."
.
.
.
.
Ooo begitu taktiknya. Langsung saya tak terfikir itu tujuannya. Licik juga gayanya (hehe).
Kini saya tahu, tangisan yang diikuti dengan jeritan itu cara dia melepaskan rasa marah.
Rasa puas, bila menjerit difikirkan dapat sakitkan telinga orang.
Tak apalah, lebih baik daripada menyakitkan orang secara fizikal (ada masanya, kena juga
adik 'sedas' dua hehe ).
.
.
.
.
Setiap anak ada cara tersendiri untuk melepaskan emosi yang besar (marah, kecewa, sedih).
Dengan mengenal cara mereka berhadapan dengan emosi, boleh bantu kita untuk ubah
kelakuan yang tak diingini.
Tingkah laku di bawah payung komunikasi.
Bercakap tentang komunikasi, memang takkan lari daripada berhadapan dengan isu
tingkah laku.
Cuba perhatikan bagaimana anak kita berkomunikasi melalui tingkah laku. Banyak yang
akan kita pelajari.
Comments
Post a Comment