Kebanyakan kes kanak-kanak yang lambat bercakap (sekitar dua tahun),
menunjukkan sekurang-kurangnya salah satu ciri seperti berikut:
1. Tumpuan yang singkat dan mudah terganggu perhatiannya.
2. Sukar memahami arahan.
3. Bermain dengan satu-satu benda dengan singkat dan bermain dengan cara yang luar biasa.
4. Sukar bermain dengan orang lain.
5. Tidak memandang muka apabila orang berinteraksi dengannya.
6. Sukar mempelajari perkataan baru.
7. Tidak menggunakan perkataan yang telah dipelajari semasa berkomunikasi.
Adakah anda biasa melihat situasi di atas pada anak anda yang lewat bercakap?
Apakah perkaitan antara situasi di atas dengan masalah lewat bercakap?
.
.
Perhatikan gambar rajah di bawah.
.
.
Perhatikan gambar rajah di bawah.
Rajah menunjukkan piramid perkembangan bahasa dan pertuturan.
Setiap lapisan memainkan peranan penting bagi menyokong pembinaan lapisan seterusnya.
Sebagai contoh, jika kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran mendengar dan tumpuan dengan baik, mereka akan
sukar memahami input bahasa.
Mereka sukar kekal dalam interaksi dan lebih suka bermain sendirian.
Hal ini akan menghalang mereka untuk membina kemahiran bertutur dengan baik, dan
seterusnya.
.
Oleh sebab itu, penting untuk kita tahu tahap kemahiran di setiap lapisan sekiranya anak
Oleh sebab itu, penting untuk kita tahu tahap kemahiran di setiap lapisan sekiranya anak
mengalami masalah lambat bercakap.
Ibubapa digalakkan untuk bertindak segera jika dikhuatiri anak mengalami masalah lewat
bercakap.
Speech Therapist akan membekalkan pengetahuan dan panduan bagi meningkatkan
kemahiran berinteraksi dengan anak.
SITI SARAH SAID
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.
Comments
Post a Comment