1. Acap kali sewaktu naik atau turun tangga bersama anak, kita kira 1,2,3. Apa kata kita
tukar kepada perkataan.
"Naik. Naik atas. Naik. Naik." Sebut perkataan atau ayat yang sama setiap kali melangkah.
Jika anak dapat tiru satu patah perkataan, tambah jadikan dua perkataan. Dapat sebut 2
patah perkataan, tambah jadi tiga patah perkataan.
Jika menuruni tangga, guna pula perkataan baru. Ulang cara yang sama.
Jika ada 10 anak tangga, kita ada 10 peluang untuk ulang perkataan atau ayat yang sama.
2. Kebiasaannya, ada masa terluang kita teruja untuk ajar anak 1,2,3, atau pun A,B,C.
Apa kata kita tukar.
Buat senaman ringan bersama, tanpa melibatkan sebarang alat.
Beri arahan lompat, lari, jalan, jatuh, lompat tinggi-tinggi, angkat tangan, pusing.
Buat bersama. Kemudian bergilir-gilir.
Kemudian, anak perlu dengar arahan (sebut aksi) dan lakukan. Tukar peranan, anak pula
beri arahan dan kita pula lakukan.
.
.
.
.
Lihat contoh di atas, bagaimana ia ditukar kepada peluang untuk anak belajar bahasa dan
bertutur.
Sebenarnya, aktiviti yang dirancang hanyalah sebagai alat. Apa yang penting, adalah
bagaimana kita menggunakan alat itu.
Orang yang arif memasak, masakan apa pun yang disediakan tentu sedap rasanya.
Tahu asas memasak, semua jenis masakan akan jadi mudah dan boleh diubah mengikut
citarasa sendiri tanpa merosakkan rasa sebenar.
Begitu juga dengan kemahiran komunikasi dan interaksi.
Sekiranya kita mempunyai kemahiran berinteraksi yang baik, banyak aktiviti dapat
ditukarkan kepada peluang untuk merangsang bahasa dan pertuturan.
Jadi, apa boleh kita lakukan sekarang?
1. Kenalpasti masa yang ada bersama anak, bina interaksi.
2. Kenalpasti aktiviti rutin yang dilalui, labelkan setiap perbuatan dan objek yang terlibat.
Libatkan penggunaan bahasa untuk tujuan komunikasi.
SITI SARAH SAID,
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.
Comments
Post a Comment