BAHAGIAN SATU
Kisah Pelayan Restoran dan Anak Kecil.
Kisah Pelayan Restoran dan Anak Kecil.
Tempoh hari saya ke kedai makan, nak merasa 'teh beng madu' viral.
Sementara menunggu minuman sampai,saya perhatikan telatah seorang bayi comel, berusia dalam lingkungan 8 bulan.
Dipangku bapanya, sambil dia menepuk-nepuk meja.
Kemudian seorang pelayan restoran lalu di depan meja bayi itu, beliau tiba-tiba berhenti dan merendahkan aras badannya, seakan mahu mendapatkan perhatian bayi
itu.
Tiba-tiba beliau menepuk-nepuk meja, tangannya digerakkan sehingga mendekati bayi
tersebut seperti mengagah.
Diulang dua kali perbuatan itu. Kemudian saya perhatikan beliau berhenti menepuk.
Dipandangnya muka bayi, seakan memberi isyarat untuk bayi itu respons kepada.
Makin besar bukaan mata bayi tersebut memandang beliau. Kemudian mata bayi itu terarah kepada tangan beliau pula.
Sekali lagi, aksi yang sama diulang. Kemudian berhenti.
Tiba-tiba bayi tersebut menepuk meja dan memandang beliau.
Kejadian silih berganti, bergilir-gilir menepuk meja. Diselangi gelak tawa bayi tersebut.
Wahh! Saya kagum. Pelayan kedai ini berjaya mendapatkan perhatian bayi tersebut!
Ada tumpuan bersama, peniruan, mengambil giliran dan bermain bersama.
Proses pembelajaran sedang berlaku.
.
.
Mungkin kita juga pernah lakukan aksi sebegini terhadap anak kita secara tidak langsung.
.
Mungkin kita juga pernah lakukan aksi sebegini terhadap anak kita secara tidak langsung.
Tetapi jika kita tahu cara mudah inilah antara proses belajar bagi anak kecil, mungkin kita
akan lebih jelas cara berinteraksi dengan mereka.
Apakah teknik yang dapat kita pelajari daripada pelayan restoran itu tadi?
Saya tinggalkan soalan untuk difikirkan di sini.
P/s : apa-apa pun teh beng madu viral Pak Mat memang 'power'! Hehe.
.
.
BAHAGIAN DUA; RUJUK SINI (LATIH TUMPUAN BERSAMA ANAK - BAHAGIAN 2)
Siti Sarah Said
Speech-Language Therapist.
Speech-Language Therapist.
Comments
Post a Comment