BAGAIMANA BELAJAR TAMBAH PERKATAAN BARU?

Masa terbaik untuk belajar PERKATAAN baru adalah sewaktu di dalam 'konteks'.
Ketika sedang masak, berkebun, mengemas rumah, kaitkan perkataan dengan aktiviti 
secara langsung.
Belajar perkataan baru bukan sekadar boleh sebut, tapi perlu tahu bila dan untuk apa ia 
digunakan.



Analoginya begini,
Ada 10 patah perkataan asas,
contohnya /nasi, air, tidur, main, sakit, mandi, basuh, anggota badan/
Dan semua perkataan ini boleh digunakan untuk memenuhi keperluan pada waktu yang 
sepatutnya, suara hati dapat disampaikan, adalah jauh lebih bagus daripada,
ada 50 patah perkataan yang boleh dilabel pada 'flash cards', namun semua perkataan itu tidak boleh digunakan untuk tujuan berkomunikasi.

Kanak-kanak perlu belajar menggunakan perkataan pada waktu berlainan, 
tujuan berlainan dan gaya penyampaian yang berlainan mengikut kesesuaian.

BAGAIMANA?
Perkenalkan perkataan baru semasa di dalam KONTEKS.

Comments