15 minit berlalu. Masih di meja makan. Adik mula merengek.
"Kenapa ni adik. Sikit lagi nasi ni. Habiskan dulu ya".
Kakak yang duduk di sebelah adik menjeling. Tiba-tiba kakak bersuara.
"Ibu, kadang-kadang memang makan tu boleh buat orang rasa sedih. Sebab lama..".
Tadi yang mulanya sudah ada tanda-tanda tertekan, tiba-tiba rasa simpati.
Nak gelak pun ada.
"Oohh.. jadi selama ni kalau kakak dah taknak duduk elok-elok dekat kerusi masa makan tu
sebab lama nak habiskan nasi la ye?" Kata ibu menduga.
"Betul lah tu. kadang-kadang memang hannah (kakak) makan habis, tapi kadang-kadang hannah taknak habiskan. Sebab dah kenyang. Tapi kena makan lama-lama juga. Tak seronok la macam tu,".
"Oohh begitu.. Tak apalah adik. Kita berhenti dulu. Adik dah kenyang ya,".
Akhirnya ibu mengalah. Angkat adik turun daripada kerusi. Tersengih besar adik, meraikan kejayaan.
Adik baru setahun, masih tak pandai suarakan isi hati. Kakak dah 3 tahun, sudah banyak
kosakata, selalu jadi hero bacakan isi hati adik.
Emosi. Bukan sesuatu yang mudah untuk kanak-kanak.
Jika tidak mampu disampaikan secara lisan, emosi disampaikan melalui tingkahlaku.
Di sinilah pentingnya kemahiran berkomunikasi. Dengan adanya kemahiran komunikasi,
kita dapat menyampaikan isi hati, kita dapat meluahkan rasa, kita dapat berkongsi emosi.
Perkenalkan anak kepada perkataan-perkataan yang mewakili emosi.
Marah, sedih, kecewa, gembira.
Variasikan perkataan yang kita ajar pada anak sejak dari kecil lagi. Jangan terhad kepada
kata nama sahaja.
Gunakan kemahiran untuk bertutur itu sebagai jambatan membina peribadi anak yang
kukuh dan kuat.
Menurut kajian, anak-anak yang ada kemahiran berkomunikasi dikatakan
lebih mudah belajar dan berjaya dalam hidup.
Jika dikhuatiri anak ada masalah lambat bertutur, dapatkan bantuan dengan segera.
Comments
Post a Comment