ANAK MASIH TAK PANDAI CAKAP!

ANAK TAK PANDAI CAKAP!


Ada anak 2 tahun yang masih tidak mahu bercakap.
Jika inginkan sesuatu, hanya tunjuk atau merengek sahaja.
Selalunya, anak ini boleh faham arahan dan kenal beberapa objek di sekeliling.
Pernah ada perkataan, pernah ikut nyanyi lagu, tapi semuanya seakan sudah hilang. Tidak 
disebut lagi.
Namun..
Dalam sesi pertama terapi, anak mula sebut perkataan.
Eh, boleh bercakap rupanya!
Ibu ayah tarik nafas lega.. Hilang separuh tanda risau di wajah.
Sebenarnya..
Anak ini kurang rangsangan bahasa.
Kebanyakan kes, semasa bersama pengasuh, anak banyak habiskan masa menonton TV.
Di rumah, parents tidak mahir wujudkan peluang untuk anak bercakap.
Bagi meningkatkan tahap komunikasi anak, selalunya parents disarankan untuk buat 
beberapa langkah ini:
1. Luangkan masa bermain dengan anak, sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Bukan hanya lihat anak bermain, tapi bermain bersama-sama.
2. Cari level mata anak untuk dapatkan tumpuan bersama. Ubah kedudukan apabila anak 
berubah kedudukan supaya sentiasa kekal 'berhubung'.
Ini dapat membantu kita untuk fokus kepada apa yang menarik perhatian mereka.
3. Kurangkan bantuan. Wujudkan peluang untuk anak bercakap. Bina situasi yang perlukan anak bercakap.
Berikan pilihan, supaya anak ada peluang untuk beri respons dengan lebih mudah.
4. Tunggu. Beri masa untuk anak respons. Mereka perlukan masa untuk proses apa yang 
didengar dan proses untuk respons.
Pada waktu ini, cari eye-contact anak, berikan reaksi muka seperti 
menunggu jawapan dan letakkan barang yang 
bermotivasi itu tadi berdekatan muka kita.
5. Gunakan ayat yang ringkas dan pendek. Gunakan intonasi yang menekankan kepada 
perkataan target.
6. Kurangkan bertanya, banyakkan komen apabila berinteraksi.
Ini dapat mengurangkan tekanan kepada anak dan memberi input bahasa untuk digunakan kelak.
Komen dengan cara terangkan dan label. 
.
.
Ada parents yang sudah lakukan semua ini, namun masih tidak nampak perubahan.
Lebih banyak cara dicuba, anak semakin menjauh, semakin tidak mahu buat aktiviti 
bersama. Stress kita pula yang makin tinggi.
Jika ini berlaku, langkah terbaik, disarankan untuk berjumpa Speech-Language Therapist.
Membesarkan anak bukan perkara yang mudah. Cari sistem sokongan supaya anda tidak  melaluinya sendirian.


Comments