AJAR ANAK BERMAIN

Kita mahu bina interaksi dengan anak.
Di rumah, kita tunggu anak bermain permainan pilihannya.
Kita mahu bina interaksi, dengan cara ikut dia bermain.
Kita tunggu, kita lihat. Rasa-rasanya belum ada satu pun permainan yang anak betul-betul main setakat ini.
Mainan banyak. Di dalam bakul, di atas lantai juga ada.
Jadi bagaimana? Perlu beli mainan baru?
.
.
Kita lihat semula sistem penyimpanan alat permainan di rumah.
Cara paling mudah untuk dapatkan tumpuan dan rasa 'seronok' bermain semula,
1. Simpan kesemua alat permainan di tempat yang tersembunyi.
2. Sorokkan selama 3 - 4 hari.
3. Kemudian keluarkan semula satu persatu.
4. Pilih yang paling disukai.
5. Main satu permainan pada satu masa.
6. Dapatkan tumpuan anak.
7. Bina interaksi bersama.
Boleh cuba ini.

Siti Sarah Said
Speech Therapist.

Comments