Seronok melihat anak kecil mula bertutur. Setiap perkataan yang kita gunakan cuba disebut dan digunakan.
Namun bagi kanak-kanak yang lambat bertutur, ibubapa mesti tertanya-tanya bagaimana dan di mana mahu bermula untuk membantu si kecil.
.
.
.
Baik, mari kita lihat apa yang berlaku dalam proses pemerolehan bahasa dan pertuturan.
Sebelum kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa dan pertuturan, mereka perlu menguasai kemahiran
awal pertuturan terlebih dahulu.
KEMAHIRAN AWAL PERTUTURAN,
umpama membina sebuah bangunan, jika tiada tapak, bahan yang bermutu, tiada plan
binaan, masakan bangunan yang kukuh akan terbentuk.
.
.
.
Jika kemahiran-kemahiran ini tidak dikuasai sepenuhnya, perkembangan bahasa dan pertuturan akan
terganggu.
Kemahiran awal pertuturan melibatkan:
+ kontak mata
+ memberi tumpuan
+ memberi tumpuan
+ peniruan(perbuatan, bunyi, perkataan)
+ bermain
+ memadankan (objek atau gambar yang sama)
Kesemua kemahiran ini berlaku dan berkembang sejak lahir lagi.
Namun, ianya akan hanya akan berkembang jika anak kecil berpeluang BERINTERAKSI
dengan orang dewasa.
Oleh sebab itu, penting untuk ibubapa tahu mengenai kemahiran awal pertuturan ini bagi
menyokong perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak.
Jika dikhuatiri anak kecil mengalami masalah berkomunikasi, dapatkan penilaian daripada Speech Therapist.
Speech Therapist kemudian akan mengenal pasti masalah, dan merancang plan intervensi
bagi membantu anak kecil, dan juga ibubapa supaya dapat membantu anak di rumah.

Comments
Post a Comment