Apabila anak kecik menginjak masuk 6 bulan, celoteh mereka semakin rancak.
"Ba ba ba"
Kalau sebelum ini cuma bunyi "aaa" "uuuuu" tapi sekarang sudah ada penambahan huruf
konsenan.
Ibubapa makin teruja.
Masuk 8-9 bulan, bebelan si kecil makin bervariasi.
Penglibatan otot pada bahagian bibir makin mudah dihasilkan (ba, pa) dan juga kawalan
udara menerusi hidung (ma).
Perubahan bentuk bebelan si anak kecil ini akan berlaku secara menerus sehingga
membentuk perkataan.
Namun begitu, proses pemerolehan bahasa hanya akan berlaku dengan adanya STIMULASI BAHASA daripada persekitaran.
"Ada tak cara mudah untuk ajar anak bercakap?"
"Anak umur setahun boleh ke diajar bercakap? Nak ke dia ikut, rasa macam cakap sorang-sorang saja nanti,"
Ibubapa yang prihatin memang akan mula ada senarai soalan.
Jawapannya, ada banyak cara mudah untuk ajar anak bercakap seawal usia lagi. Antara
TIPS yang boleh dipraktikkan adalah:
1. BERCAKAP BERCAKAP BERCAKAP. Setiap masa bila bersama mereka. Pendekkan ayat. Contohnya, "nak air?"
2. Tambah BUNYI Kepada aktiviti rutin. Contohnya "shhhh" bila siram air pada anak waktu mandi, "klikk klikk" bila pasang tali pinggang keselamatan dalam kereta, "ripp" bila buka pampers.
3. ULANG ULANG ULANG. Guna kaedah pengulangan bila bercakap dengan anak, ulang perkataan yang sama. Sebut sebanyak yang mungkin.
"BOLA saya. Sepak BOLA. Ooo ooO.. mana BOLA?"
4. BUKU dan LAGU KANAK-KANAK jangan dilupakan.
Tidak pernah terlalu awal untuk mengenalkan buku pada anakanak. Bukan ajar membaca
ABC ya, ceritakan buku pada anak-anak. Tak perlu fokus pada ayat dalam buku.
Tunjuk gambar, namakan perbuatan/aksi, dan tambahkan bunyibunyian yang berkaitan
dengan gambar.
Lebih interaktif, anak-anak lebih seronok!
Oh ya, bebelan anak sekitar 8-9 bulan memang akan membantu mereka membentuk
perkataan kelak. Namun, menurut kajian, peringkat umur ini juga boleh memberi gambaran anak itu akan ada masalah lambat bertutur atau tidak. Sudah masuk 9 bulan tapi bunyi
yang dihasilkan masih bunyi vokal sahaja "aaa" "uuu".
Jika mula khuatir, dapatkan bantuan dengan lebih awal. Lebih awal bertindak, lebih besar peluang anak untuk berjaya.
Comments
Post a Comment