4 LANGKAH BANTU ANAK BERCAKAP: TEKNIK 'PAUSE'

MEMBANTU ANAK BERCAKAP
======
"YOGURT. Lily makan......... ." Saya menunggu anak (1 tahun 5 bulan) untuk menyambung 
ayat. Hening seketika.
Kami saling berpandangan. Saya berikan isyarat 'menunggu respons' dengan 
menggerakkan badan sedikit ke hadapan dan mengangkat kening. Saya kunci 
mulut, tak mahu keluar ayat mendesak.
Lebih kurang 5-6 saat kemudian, tiba-tiba keluar jawapan, "oo-gek."
Saspens! tapi berbaloi menunggu.

..............
Ada satu strategi, yang kita selalu terlepas pandang.
Apa dia?



.
BERIKAN MASA UNTUK ANAK RESPONS.



'Pause'. Berhenti seketika. Beri masa untuk anak respons pada maklumat yang didengar.
Cuba lihat contoh ini,
Ingat lagi bagaimana anak kecil kita 'struggle' mahu pakai selipar?
Kadang-kadang rasa geram pun ada. Kita fikir, perlu masukkan kaki sahaja, 
mengapa perlu ambil masa yang lama.

hakikatnya, ia merupakan proses berturutan yang perlu disusun atur dengan betul oleh minda kita. 

Pemprosesan bahasa, adalah satu kitaran yang kompleks, yang berlaku dalam otak kita.
Secara mudahnya, untuk respons, mereka perlu mendengar maklumat yang diterima,
memproses apa yang didengar, 
mencari perkataan yang sesuai untuk respons (jika sudah disimpan di dalam kamus minda mereka), 
kemudian barulah otak menghantar maklumat kepada otot-otot yang terlibat untuk berkomunikasi (perkataan, isyarat badan, menunjuk, pandangan mata dsb).

Bagi sesetengah kanak-kanak proses ini boleh berlaku secara automatik. 
Sesetengahnya pula perlukan lebih masa yang bagi pemprosesan dan penyusunan idea untuk diekspresikan.

Mereka ini selalunya kelihatan seperti:
+ Tidak mendengar
+ Tidak berminat
+ berharap sepenuhnya untuk orang sekeliling membantu

Jika anak kelihatan seperti di atas, apa strategi yang boleh digunakan?

anda boleh lakukan 5 cara ini ini:
1. Jika memberi arahan, pecahkan kepada beberapa bahagian. Pendekkan arahan. 
Berhenti sebentar di antaranya, bagi masa untuk mereka proses maklumat yang didengar.

2. Cek semua kefahaman. Sebagai contoh, apabila kita katakan, 
"letak mainan dalam kotak," berhenti sebentar, dan 
sambung "simpan kotak dalam bilik." 
Cek semula, "ok. Mula-mula kena..... selepas itu ......." biarkan mereka sambung.

3. Apabila ajukan soalan, tunggu sebentar. Beri masa untuk mereka jawab. 
Kira secara senyap 6-10 saat.

4. Jika dilihat mereka tidak dapat untuk respons, berikan pilihan jawapan. 
Sekurang-kurangnya mereka masih dapat peluang untuk respons.

5. Gunakan bantuan gambar untuk membantu kefahaman anak terutama bagi anak 
yang lebih mudah memproses maklumat melalui visual, 
berbanding verbal (perkataan) semata-mata.

Bagaimana jika tiada respons daripada anak selepas menunggu? 

ini adalah sesuatu yang perlu dijangka pada peringkat awal. inilah peluang 
untuk anak belajar kemahiran komunikasi yang memerlukan proses dua hala.  
.
Saya percaya, anak yang selalu diberi peluang untuk melakukan sesuatu perkara, 
akan mencabar diri mereka untuk lakukannya sendiri.

Cuba konsisten dengan strategi ini, anda mungkin akan dihadiahkan dengan 
respons yang tak diduga.

Siti Sarah Said

Speech Language Therapy,
S&Z Speech Therapy Center.

Comments